Khamis, 20 November 2014

Bestnya Workshop Pakar Blog !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi membaca entri ini, semoga anda kaya dan berjaya. Entri kali ini menceritakan pengalaman saya menghadiri Workshop Pakar Blog. Workshop yang dikendali dan dianjurkan pengasas Zulfa Technologies iaitu Sifu Arham Zulqarnaen, pada 15 November 2014 lepas.

Apa saya dapat ungkapkan tentang workshop tu ialah, 
"Best! Best! Best!"

Terlampau banyak ilmu blog yang disuap Sifu Arham. Sampai saya gemuk dengan ilmu blog! Selamat membaca entri ini sampai habis jika mahu tahu apa yang best. Kalau boleh saya nak join sekali lagi (tapi workshop yang lagi advance)! 


Slide presentation, muka surat pertama.

Saya mula ber-blog pada tahun 2008.

Saya ber-blog disebabkan blog menjadi popular dikalangan golongan belia ketika itu. Boleh dikatakan havoc! Namun entri yang saya hantar hanya sekadar suka-suka syok sendiri dan ada juga entri saya yang merupakan perkongsian pendapat peribadi.

Banyak juga setting blog yang saya pernah godek. Godek pun, ala-ala budak-budak baru dapat main lego. Tapi saya godek-godek tanpa ilmu yang betul, sekadar mahu tengok apa yang akan terjadi jika setting diubah. Syok juga! Haha.

Syok tu, syok la. Sampai pernah suatu ketika dahulu blog saya terpaksa di-setting semula ke default setting. Seolah-olah blog saya kena format. Gara-gara ghairah nak tengok perubahan pada blog. Konon-konon saya ni pakar dan mampu buat blog yang lagi cantik dari rakan-rakan blog yang lain. Pada tahun 2010 saya sudah kurang ber-blog sebab rasa macam tiada apa yang nak dikongsikan sangat. Bukan berhenti tau! Cuma kurang aktif jer. Hehe.

Iklan yang saya jumpa di laman sosial Facebook.

Dari mana saya dapat tahu tentang Workshop Pakar Blog?

Sedang saya melayar internet di laman sosial Facebook. Saya terserempak iklan Workshop Pakar Blog seperti gambar di atas. Setelah klik pada iklan berkenaan. Ya, Allah terkejut! Murah! Yuran penyertaan hanya RM100. Jika dibanding dengan kebiasaannya workshop seperti ini dicaj RM300 rata-rata di tempat lain. Paling best, Sifu Arham juga ada letak statement,

"Betul-betul teori dan hands on. Tak puas hati dalam 1 jam pertama, jangan bimbang yob… boleh aja refund. No biggies."

Saya yakin tak semua orang akan terus untuk menyertai tanpa usul periksa kandungan pembelajaran yang akan dikongsikan. Ya, sudah pastilah saya terlebih dahulu bertanyakan isinya. Dan ianya ternyata menarik! Tanpa berlengah, terus saya bayar yurannya. Maklumlah tempat terhad kepada 20 orang sahaja. Kang melepas!

Pada 15 November 2014, jam 09:30 pagi workshop bermula.

Sifu Arham mulakan dengan berkongsikan cerita disebalik tabir bagaimana dia mendapat ilham dan bersemangat untuk menganjurkan workshop ini. Buat pengetahuan kalian, Sifu Arham telah menyiapkan banyak blog business untuk pelanggan-pelanggan beliau dengan caj RM50 per blog. Walau bagaimanapun, workshop ini lagi berbaloi, kerana kita boleh hasilkan sendiri blog kita. Jika bernasib baik, mana tahu boleh dapat job untuk buat blog macam Sifu Arham.

Bagi sesiapa yang dah ada blog, bagus! Anda dah selangkah kehadapan. Ber-blog tetapi tiada ilmu mantop. Bagi saya, perasaan itu macam minum teh-o tanpa gula. Di workshop, saya diajar tentang bagaimana untuk pastikan blog yang dihasilkan tersebut mesra pembaca, mesra media sosial dan mesra Google. Apa gunanya ada blog tapi blog tersebut tak boleh bawa pelanggan kepada kita kan.

Pentingnya ada mentor. Saya sudah lama membuat blog tetapi tiada ilmu mantop. Kini baru saya tahu, mencantikkan blog untuk paparan komputer berkemungkinan tak sama paparnya pada smartphone. Saya diajar untuk memahami pengendalian blog secara teknikal supaya kedua-dua paparan samada di komputer mahupun smartphone. Semuanya kelihatan cantik dan mesra pengunjung/ pelanggan.

Tengah setup account google untuk mulakan pembelajaran.

Ilmu-ilmu yang dikongsi...

Selain itu, apa yang menarik ialah setelah berakhirnya workshop ini, saya boleh menggunakan platform Blogger (Blogspot) seperti mana yang diajar Sifu Arham, dalam tempoh kurang dari 60 minit sahaja. Saya didedahkan short-cut (jalan pintas) untuk buat blog bisnes secara mudah dan cepat. Kod dan barisan skrip pun diberikan dalam bentuk softcopy. Malah diajar, bagaimana dan di mana nak copy paste skrip tersebut.

Anda rasa menarik tak jikalau blog anda boleh di-integrasi-kan dengan Facebook dan Google+? Nak tahu bagaimana? Join la workshop ni. Hehe (riak sekejap, maafkan saya). Selain itu, dapat belajar untuk membuat borang menggunakan google form adalah antara yang paling munarik bagi saya. Sebab kita boleh dapatkan feedback dan sebagainya dari pelanggan/ pelawat secara sistematik tentang apa sahaja secara terus tanpa perlu bersusah payah menghantar email atau whatsapp.

Sifu Arham tanpa berselindung, turut berkongsi teknik-teknik posting dalam business blogging. Perkongsian ini amat menarik. Macam extra added value atau bonus kepada semua peserta blog. Rupa-rupanya bukan semua orang secara semula jadi boleh buat posting untuk business. Kena belajar! Ingin saya kongsi teknik-teknik itu di sini, tetapi saya sendiri tengah praktikkannya. Harap anda semua boleh berguru dengan Sifu Arham atau lain-lain sifu yang mahir bab-bab posting untuk business.

Masing-masing tengah khusyuk mengaplikasi ilmu yang dipelajari.

Saya juga didedahkan di mana untuk mendapatkan design-design blog percuma yang cantik, moden dan mesra SEO (Search Engine Optimization). Malah, kalau nak yang berbayar yang lagi awesome pun ajar bagaimana nak dapatkannya.

Sesi Soal dan Jawab (Q&A) sampai malam untuk menjawab semua soalan kami.
Di akhir sesi, macam-macam saya dan peserta lain tanya dan Sifu Arham jawabkan semua persoalan kami sampai malam. Kesian sifu penat! Terima kasih Sifu Arham! Walaupun workshop berbayar, tetapi ilmu yang dikongsikan melebihi dari nilai yang dibayar. Memang saya puas hati! 

Tak sabar rasanya untuk berdaftar ke workshop blogger yang lagi advance kendalian Sifu Arham!

Anda rasa anda sudah tahu segalanya tentang blog?

Sebelum saya menyertai workshop ini, saya rasa diri saya sudah tahu segalanya tentang blog. Tapi sangkaan saya meleset setelah saya membaca Top 10 Reasons Business Blogging is Better than Facebook. Ketika itu, terasa macam banyak lagi ilmu blogging yang belum saya kuasai. Anda pula bagaimana?

Setelah banyak belajar dengan Sifu Arham di workshop itu, kini saya berjaya menguasai blog saya secara sistematik dan teknikal. Saya berpuas hati dengan blog saya sekarang.

Walaupun sesi workshop telah tamat, sifu tidak berhenti setakat itu, value added service iaitu mentorship di group khas turut disediakan sifu.

Pada pendapat saya, mereka yang ingin berniaga secara online/ berkongsi pendapat/ meraih sokongan/ berkongsi pengalaman/ memperkenalkan perniagaan kepada orang ramai/ berkongsi makanan sedap/ dan sebagainya, patut pergi ke workshop ini, untuk menarik lebih ramai pembaca/ pelanggan/ orang meminati subjek yang menjadi kepakaran anda. Anda sudah ada atau belum ada business blog patut pergi. Saya percaya anda akan terbeliak mata dan termuntah-muntah ilmu blogging.


10 Sebab Kenapa Peniaga Wajib Ada Blog Bisnes

Sekiranya anda berminat untuk menyertai Workshop Pakar Blog.

Buat masa sekarang, pihak penganjur masih mencari masa dan tempat yang sesuai untuk menganjur Workshop Pakar Blog yang sama untuk kali ke-2. Jika anda benar-benar berminat, saya telah menyediakan satu borang, Borang Saya Benar-Benar Ingin Menyertai Workshop Pakar Blog. Anda boleh mengisi borang dengan klik di sini untuk menghantarkan sokongan/minat anda kepada penganjur.

Saya akan bantu anda supaya pihak penganjur dapat menghubungi anda. Sekiranya ramai yang berminat, pihak penganjur berkemungkinan akan mencari masa dan tempat yang sesuai dalam masa terdekat. Nantikan pengumuman pihak penganjur di laman sesawang beliau www.arhamzul.com atau klik gambar di bawah ini (untuk ke Borang Saya Benar-Benar Ingin Menyertai Workshop Pakar Blog).

Untuk ke Borang Saya Benar-Benar Ingin Menyertai Workshop Pakar Blog.


0 comments:

Catat Ulasan