Rabu, 14 Januari 2015

Bell's Palsy Bukan Stroke

Apakah punca Bells palsy?

Gambar sekadar hiasan yang menunjukkan contoh Bell's Palsy.
Gambar ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Punca sebenar Bells palsy belum diketahui sehingga sekarang. Bagaimanapun, hasil kajian sekumpulan penyelidik dan pakar perubatan Jepun mendapati penyakit ini berpunca daripada virus herpes simplex.

Berdasarkan teori mereka, virus itu yang juga punca penyakit kayap dan cengkering (chicken pox), hidup di dalam saraf ganglion sama ada di sebelah kiri atau kanan telinga seseorang.

Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kelumpuhan muka contohnya ketumbuhan otak, strok dan penyakit Lyme. Namun jika tiada sebab dan berlaku kelumpuhan, maka ia dipanggil Bell’s palsy,” katanya.

Bell's Palsy juga digelar mini strok. Namun, Bell's Palsy bukan dan langsung tiada kaitan dengan strok. Pesakit yang mengalami strok biasanya mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell’s palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.

Nama Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).

Biasanya, ia berlaku secara tiba-tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.

Simptom atau gejala Bells palsy: (pada bahagian muka terkena jangkitan)


  • Muka menjadi senget.
  • Mata dan kening mereka kelihatan terjatuh atau condong ke bawah. 
  • Air mata mudah kering sebab kelopak mata susah nak berkelip.
  • Garisan pada pipi akan jatuh.
  • Sukar mengawal/telan air liur.
  • Kesan telinga berdesing atau berdengung yang dikenali sebagai tinnitus.
  • Bahagian depan atau keseluruhan lidah terasa kebas.
  • Sukar meniup dan menghembus.
  • Sakit telinga atau ada inflamasi (keradangan) di dalam telinga.

Apakah pemeriksaan yang perlu dilakukan?

1. Mata

Doktor akan memeriksa mata pesakit. Pesakit diminta memejamkan mata dan doktor akan membuka mata itu. Jika mata pesakit senang dibuka dan bebola mata mereka ternaik, ia menunjukkan mereka mengalami Bell’s palsy.

2. Lidah

Doktor akan meminta pesakit menentukan makanan yang diambil itu masin, masam ataupun manis. Deria rasa pesakit terjejas akibat penyakit itu.

3. Mulut

Apabila disuruh bersiul, mereka tidak mampu melakukannya.

Apakah rawatan Bells palsy?

Bells palsy boleh dibahagikan kepada lima peringkat, iaitu daripada kritikal atau teruk hingga paling ringan.

Jika pesakit mengalami Bells palsy kritikal, mereka perlu diberikan rawatan segera sejurus tiba di hospital. Jika kerosakan itu dibiarkan hingga melebihi lima hari, ia sukar dipulihkan sepenuhnya.

Pesakit Bells palsy yang teruk akan mengalami kesukaran untuk menutup mata dan doktor akan memberikan ubat titis air mata tiruan untuk memastikan mata pesakit sentiasa lembap dan membekalkan bahan penutup mata untuk memastikan mata pesakit, ketika tidur, tidak dimasuki serangga yang boleh menyebabkan infeksi.

Berdasarkan kajian, kira-kira 90 peratus pesakit pulih sepenuhnya selepas menerima rawatan ubat-ubatan seperti steroid dan anti virus yang dikenali sebagai Acyclovir dalam tempoh satu hingga empat minggu.

Namun begitu, kira-kira 70 peratus pesakit Bells palsy boleh pulih sepenuhnya tanpa sebarang rawatan khusus. Pesakit Bell’s palsy juga akan dinasihatkan supaya menjalani rawatan fisioterapi di hospital.

Menerusi rawatan fisioterapi, muka pesakit akan dirangsang dengan bahan yang menggunakan kuasa elektrik. Selain itu, ahli fisioterapi akan meminta pesakit melakukan senaman wajah setiap hari sebagai salah satu usaha merangsang saraf muka mereka.

Bagaimanapun, kira-kira 15 peratus pesakit akan kekal dengan keadaan wajah yang senget biarpun sudah dirawat.

Lazimnya, mereka ini lewat mendapatkan rawatan dan mengalami Bells palsy yang serius.

Oleh kerana kerosakan itu membabitkan muka, pesakit selalunya tidak puas hati dengan perubahan pada wajah mereka dan tidak kurang juga yang mahu melakukan rawatan pembedahan kosmetik.

Mungkinkah Bells palsy dialami lebih daripada sekali?

Pesakit boleh mengalami penyakit itu lebih daripada sekali tetapi ia amat jarang berlaku dan tidak sampai satu peratus.

Adakah Bells palsy memberi kesan terhadap otak dan tubuh badan?

Tidak, kerana ia cuma kerosakan saraf muka.

Apakah rawatan untuk Bells palsy?


  • Biasanya pesakit akan dibekalkan ubat steroid untuk tempoh satu hingga dua minggu.
  • Perlindung mata.
  • Fisioterapi muka.
  • “Sebenarnya belum ada satu kajian khusus yang dijalankan bagi membuktikan sama ada rawatan alternatif seperti akupuntur berkesan dalam merawat masalah Bell’s palsy.
  • Pembedahan disarankan bagi masalah Bell’s palsy yang berlanjutan, pembedahan memperbetulkan saraf muka mungkin membantu. Pelbagai teknik pembedahan dikenalpasti membantu masalah ini. Antaranya pembedahan memperbetulkan tulang yang terjejasPembedahan mengembalikan senyuman (smile surgery) antara prosedur yang dijalankan bagi mengembalikan wajah pesakit.


0 comments:

Catat Ulasan