Jumaat, 16 Januari 2015

Kenali Najis Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maaflah jika tajuk entri kali ini menjijikkan anda.
Tapi PENTING UNTUK KESIHATAN.

Siapa tak suka makan pelik la orang tu!

Kita biasanya makan tanpa pedulikan tentang kesihatan kita.
Janji makanan sedap, pasti kita bedal je kan.

Alhamdulillah, sekarang saya dapat kawal pemakanan saya untuk hidup lebih sihat.

Suka saya kongsikan entri ini dengan anda, demi kesedaran dan kesihatan anda.

Tahukan anda, perut anda punca segala penyakit yang anda hadapi?

Pernahkah anda scan perut anda?
Saya pun tak pernah scan tapi saya takut juga apabila saya lihat youtube tentang pesakit dari macam2 jenis sakit scan usus mereka. Jujur saya cakap ngeri. Ada bengkak sana sini sebab kolestrol dan salur darah sumbat. Ada yang kuning banyak lemak dan minyak. Ada yang hitam sebab salur dah putus.
Usus bagi yang mengamalkan pemakanan yang sihat, memang cantik la usus dia.

Najis Kita Boleh Gambarkan Tahap Kesihatan Kita

Tahap kesihatan tubuh badan kita dapat digambarkan melalui bentuk dan warna najis yang dilaburkan di 'bank-bank' yang diiktiraf di tempat anda.

Ciri-ciri najis yang menggambarkan anda sihat:

  1. Berwarna kuning keemasan.
  2. Kuantitinya antara 2-3 batang berbentuk seperti pisang.
  3. Kekerasannya seperti buah pisang dan lembut seperti ubat gigi.
  4. Air 80%
  5. Keadaan najis itu terapung dalam lubang jamban. Bukan tenggelam.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
[Sumbar gambar seperti yang tertera pada gambar.]

Cara Untuk Analisa Najis Anda


  1. Selepas anda 'melabur', jangan terus 'flush'.
  2. Lihat dan analisa najis anda terlebih dahulu.
  3. Jika najis anda tidak menggambarkan anda sihat, ini bermakna usus anda bermasalah dan dipenuhi toksin.
  4. AMARAN: Tengok najis tu, jangan lama sangat. Benda yang 'kotor' pandang lama-lama boleh merosakkan mental anda.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Colon ialah usus dalam bahasa Inggeris.

Sayangi Diri Anda. Cegahlah dengan segera.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan."
(Hadis Riwayat Ad-Dailami)

Saya juga ada sediakan entri berkaitan detox iaitu salah satu cara untuk buang toksin berlebihan dari badan anda. Lebih-lebih lagi bagi anda yang berbadan besar. Klik di sini untuk ke entri tu.

Terima kasih kerana membaca entri ni.

Saya doakan semoga anda sihat.

Afham Rusli
013-624 2598
afhamrusli@gmail.com


0 comments:

Catat Ulasan