Isnin, 12 Januari 2015

Mimpi Ngeri Selepas Stop/Pause Detox

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ini kisah saya yang dalam proses menurunkan berat badan.

Dalam masa yang sama saya perlu detox, kerana detox membantu dalam penurunan berat badan.
Nak baca lebih lanjut berkenaan detox, boleh klik di sini.


Jika anda sayangkan diri anda dan keluarga, detox la badan anda sebelum terlambat. Antara asbab penyakit ialah berpunca dari makanan dan perut (usus). Jangan tunggu dah kena penyakit baru nak terhegeh-hegeh mencari penyelesaian. Boleh tu memang boleh. Cuma kena tunggu sakit dulu, baru nak cegah?

Healing Crisis Punca Saya Berhenti/Tangguh Detox

Ini kisah saya, bermula pada 13 Disember 2014.
Setelah seminggu lebih detox badan untuk kurus.
Badan rasa ringan sahaja. Detox berkesan! Alhamdulillah.
Namun, pada tarikh keramat itu, saya mula mengalami healing crisis.
Kepala sakit sangat, batuk, mata keluar tahi dengan banyak, sakit-sakit badan terutama pada sendi.
Hari ini, belum terlintas di fikiran bahawa saya tengah mengalami healing crisis.
Maksudnya, masih mengambil suppliment detox iaitu Alfalfa.

Pada 14 Disember 2014, rasa tak sedap hati sebab healing crisis masih kuat.
Kebiasaannya, jika demam, sehari dah mula kebah.
Healing crisis!
Detik hati ini. Terlintas di fikiran.
Hari ini, saya kurangkan dos suppliment Alfalfa dari 5 biji ke 3 biji, untuk pagi dan malam.
Air saya minum lebih dari kebiasaan.
Program kurus sarankan minum 4 Liter, saya minum lebih.
Pada fikiran saya, boleh membantu detox keluarkan toksin dengan lebih cepat. So, healing crisis boleh cepat baik.

15 Disember 2014, seorang kenalan bertanyakan khabar berkaitan healing crisis saya.
Keadaan masih lagi sama.
Namun, aku dah stop/pause pengambilan Alfalfa sebab nak kasi kurang sakit.
Saya ceritakan segalanya kepada kenalan ini. Rakan seperjuangan.
Dia juga sarankan untuk aku stop pengambilan Alfalfa untuk kasi badan rasi atau stabil atau kasi badan terima proses detox dengan elok.
Saya fikir ada logiknya. Jadi saya buat keputusan untuk stop detox sehingga rasa ok.

Hari makan hari. Suppliment Detox masih stop/pause.
Badan masih ringan, sakit kepala dan sakit-sakit badan mula hilang.
Tinggal batuk-batuk dan tahi mata je masih lagi ada tapi beransur kurang.
Makan pun jaga. Maklumlah tengah program kurus.

Kebaikan Detox dalam Kuruskan Badan

Alhamdulillah.
Tarikh keramat 22 Disember 2014, berat badan berjaya turun sehingga 111.6 KG.
Saya mula program kurus pada 24 November 2014 dengan berat 120.0 KG.
8.4 KG tu turun dalam masa 29 hari.

Detox memang membantu dalam proses kuruskan badan.
Nah saya dah buktikan melalui penurunan berat badan saya.
Nak tahu macamana detox membantu dalam kuruskan badan? Klik sini.

Belajar Nutrisi Bersama Nutritionist yang Pakar

Sehari sebelum tu, 21 Disember 2014.
Saya pergi menimba ilmu nutrisi suppliment dengan nutritionist yang sememangnya pakar dalam bidangnya.
Kita makan suppliment ni, kenalah tahu fungsi suppliment yang kita makan. Supaya kita boleh manfaatkannya untuk badan kita.
Dalam kelas tu, saya ambil peluang untuk bertanyakan prihal healing crisis dari proses detox saya, dan apakah tindakan terbaik? Nak stop atau teruskan.
Alangkah terkejut!

Nutritionist cakap,
"Jangan stop ambil! Kena teruskan ambil Alfalfa tu. Jika stop, nanti proses tu terhenti. Healing crisis bagus, sebab ianya menunjukkan badan anda dalam proses pemulihan. Teruskan sehingga healing crisis  stop. Jika tak tahan sakit, kawal atau kurangkan dos pengambilan je. Kalian boleh rujuk kami bila-bila masa sahaja."

Cuba teka, saya ada makan ubat tak?

Mestilah ada makan ubat.
Saya makan panadol untuk tahan sakit dan ubat batuk untuk legakan batuk.
Siapa nak berterusan sakit? Mesti nak sihat dan tak sakit kan.
Namun, ini juga merupakan titik kesilapan saya juga.
Sekurang-kurangnya saya dah tak sakit. Batuk masih ada la.
Pantang sejuk atau berhabuk mesti batuk sekarang ni.

Kesilapan di sini ialah:
  • Ambil ubat, cepat naik toksin dan impurities
  • Badan jadi cepat naik, sebab lama stop/pause detox.
  • Pada 22 Disember 2014 baru je happy berat berjaya turun menjadi 111.6 KG, namun tarikh keramat tadi menjadi tarikh 'kiamat' dalam waktu yang singkat, berat badan saya naik ke 115.9 KG pada 28 Disember 2014.

Kesimpulannya

Seteruk mana healing crisis jangan stop detox!
Jika nak kurangkan sikit efek healing crisis, kita hanya perlu kurangkan dos pengambilan dan minum air banyak-banyak, sehinggalah badan stabil.

 

Motivasi Detox dan Kuruskan Badan

Kini, saya kembali detox dan bersenam macam biasa.
Saya sayangkan badan saya. Saya sayangkan keluarga saya.
Dengan badan yang sihat, barulah boleh luangkan masa berkualiti dengan keluarga.
Dengan badan yang sihat, barulah boleh beramal ibadat dengan baik.
Dengan badan yang sihat, barulah boleh bekerja dengan fokus.



JOM KURUS DENGAN SIHAT !!!

Jika anda berminat nak tahu tentang detox dan program kurus saya?
Bolehlah hubungi saya:

Afham Rusli
013-624 2598
afhamrusli@gmail.com


3 ulasan:

  1. Pentingnya detox untuk kurus dan buang segala toksid. Tahniah Afham sebab tersedar sebelum terlamabt.

    BalasPadam
  2. Detox tu penting sgt..tahniah dah turun banyak!! Bestnya :-)

    BalasPadam