eBook Mini Now Everyone Can Kurus (NECK) PERCUMA

Sekarang semua orang boleh kurus dengan mudah menggunakan formula rahsia M.E.S.T.I. Dapatkan eBook Mini Now Everyone Can Kurus (NECK) dengan PERCUMA sekarang. Sila klik pada gambar ini untuk download FREE mini eBook NECK.

Program Now Everyone Can Kurus (NECK)

Sekarang semua orang boleh kurus dengan mudah menggunakan formula rahsia M.E.S.T.I. Dapatkan info dan tips PERCUMA di blog rasmi Now Everyone Can Kurus (NECK). Sila klik pada gambar ini untuk ke blog rasmi NECK.

Sayangi Keluarga Anda

Adakah anda gemuk? Jika YA, sekaranglah masanya untuk anda kurus dengan mudah menggunakan formula rahsia M.E.S.T.I. Dapatkan eBook Mini Now Everyone Can Kurus (NECK) dengan PERCUMA sekarang. Sila klik pada gambar ini untuk download FREE mini eBook NECK.

Minum Air Yang Cukup Untuk Kurus Dan Sihat !!!

Pentingnya ambil air yang cukup untuk kurus dan sihat. Baca artikel penuh dengan PERCUMA di blog rasmi Now Everyone Can Kurus (NECK). Sila klik pada gambar ini untuk terus baca artikel penuh.

3 Kesilapan Orang Gemuk Yang Menyebabkan Mereka Kekal Gemuk

Pentingnya untuk anda ketahui kesilapan ini. Info ini dapat membantu anda lebih bersedia untuk kurus dan sihat. Baca artikel penuh dengan PERCUMA di blog rasmi Now Everyone Can Kurus (NECK). Sila klik pada gambar ini untuk terus baca artikel penuh.

Khamis, 22 Oktober 2015

Begedil Daging [ Meat Patty ]

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..

Awal bulan Okt 2015, Afham terasa nak masak begedil daging. Baru je bertanya resepi dengan Chef Google. Chef Google syorkan guna resepi akak dari blog ceriteraibu.blogspot.my. Akak ni nak dijadikan cerita dia masak begedil sebab nak makan dengan bihun sup dia, seperti dalam gambar bawah ni. Semua gambar dalam ni, akak tu punya, bukan Afham punya. Best kan kalau dapat makan makan bihun sup dengan begedil ?!


Begedil Daging

Begedil Daging atau English nya Meat Patty (entah betul entah tak English nya, hantam saja la ).
Gambar ni pun akak tu punya juga. Sebab Afham punya masih belum mula masak. Afham kat pejabat lagi ni, tolong kawan siapkan kerja dia. (Afham budget baik la, tolong kawan. Muahaha...)


Bahan-bahan untuk hasilkan 20 biji Begedil Daging:

  • 4 biji ubi kentang (saiz sederhana)
  • 250 gram Daging cincang (akak ni guna sekeping jer, brand Ramly)
  • 2 biji telur
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • Secekak daun sup / daun kucai (potong kecik2)
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat Begedil Daging:

  1. Kupas ubi kentang dan potong dadu besar atau potong bulat-bulat. (ikut citarasa masing-masing).
  2. Kemudian, goreng ubi kentang tadi sampai empuk dan toskan minyaknya. (Kalau nak rebus pun boleh, tapi lama sikit la nak tunggu kentang tu empuk)
  3. Ketika menggoreng ubi kentang, kalau guna 2 dapur, boleh la sambil-sambil tu goreng TANPA MINYAK daging cincang sampai masak. Dan toskan minyak daging selepas masak. Macam gambar di bawah ni (gambar akak tu punya gak).


  4. Lenyek ubi kentang yang telah siap digoreng tadi menggunakan batu lesung atau kreativiti masing, janji terlenyek.


  5. Potong dadu bawang besar dan potong kecil-kecil daun bawang / daun kucai. (akak ni guna dua-dua jenis daun sekali.) 


  6. Satukan daging cincang yang dah siap goreng, ibu kentang lenyek, bawang dan daun bawang/kucai dalam satu bekas. Kemudian, masukkan kuning telur, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam dan sedikit garam.Gaul semua bahan sehingga sebati.


  7. Bentukkan aduanan bulat-bulat dan kemudiannya dileperkan. Buat sehingga habis adunan. Untuk adunan ni, aka ni telah berjaya menghasilkan 20 biji begedil. (ehem...ehem..bergantung kepada saiz yang korang buat la. Mungkin korang dapat lagi banyak atau lagi sikit dari akak ni disebabkan saiz yang korang bentukkan begedil tu.)


  8. Panaskan minyak untuk menggoreng. Minyak tak perlu banyak sangat, agak-agak boleh tenggelam separuh begedil pun dah cukup. Celupkan begedil dalam putih telur dan masukkan dalam kuali. Agak-agak sebelah bawah dah garing baru terbalikkan. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat...terus ngap! (hehe. korang ngap la! Afham tunggu suam/sejuk dulu baru ngap.)
  9. Siap!! Hidangkan. boleh dimakan begitu sahaja atau cicah dengan sos. Boleh juga makan dengan soto. (ehem..ehem...tak lupa juga boleh makan dengan bihun sup. hehe.) Hasilnya seperti gambar yang dikongsikan oleh akak ni (kat bawah ni).


Selamat Mencuba dan Menjamu Selera.


Isnin, 19 Oktober 2015

Pan Mee

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

20 Sept 2015 lalu. Afham ke Queens Bay dengan harapan nak try fresh made mee, kat sebuah gerai makan pan mee. Namun hampa, sebab lupa nak check status halal gerai berkenaan. Sahabat yang keluar bersama tanya ustaz google pasal status halal gerai berkenaan. Walaupun kebanyakan gerai pan mee yang keluar pada skrin telefon kami. Jelas kebanyakan restoren pan mee tak halal dan tiada sijil halal. Status "no pork" tak berapa meyakinkan kami untuk menjamu selera di gerai berkenaan.

Harapan kembali cerah dengan bertanyakan chef google recipe home made pan mee.

Apa itu Pan Mee?

Pan Mee ni adalah sejenis mee yang diuli sendiri. Fresh mee la senang cite. Berasal dari bangsa cina, dan juga dipanggil Hakka-style noodle (mee ala Hakka). Untung la kita rakyat Malaysia bermasyarakat majmuk, banyak jenis makanan best!

Pan Mee ni letrally bermaksud mee tepung yang flat atau nipis. Doh mee ni diperbuat dari tepung. Best part, mee ni ada macam-macam bentuk sebab ada yang diuli tarik-tarik ala kadar dengan tangan, ada yang dikoyak-koyak atau dipotong-potong, ada juga yang pakai mesin mee (boleh terus buat macam-macam bentuk ikut suka, kalau masak dengan anak-anak kecil mesti diorang suka ni). Lepas siap, mee tu tadi terus masuk ke dalam rebusan sup yang sedang menggelegak dalam periuk, atau untuk elak rasa tepung yang kuat, tos je dalam air panas menggelegak untuk kasi mee tu masak, kemudian baru masukkan dalam mangkuk diikuti dengan sup dan lain-lain bahan makanan yang dicampurkan bersama.

Afham rasa mee ni ada jual pek segera dalam harga yang lagi murah kat supermarket berbanding dengan bihun dan mee segera lain. (dengan yakin je Afham cite. haha. Kalau salah info maaf la ya. Ini berdasarkan pemerhatian Afham sendiri.)

Sup apa untuk makan dengan Pan Mee?

Biasanya ada macam-macam jenis sup. Ni chef google yang cite gak, Afham citekan balik guna ayat Afham. Sup ayam, sup pedas, sup tomyam (betul ke aku panggil sup tomyam, ke kuah tomyam), sup ikan bilis, macam-macam lagi sup. Senang cite, guna je sup yang favorite korang untuk makan dengan Pan Mee ni.

Resepi Pan Mee

Yang Afham dapat dari chef google. Selamat mencuba.

Gambar ini milik http://nazariahmohdmurad.blogspot.my

Bahan-bahan untuk Pan Mee


  • 3 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air
  • 1 biji telur - optional
  • 3 sudu besar minyak - utk melembutkan (jika guna mesin mee, tak perlu/kurangkan minyak)
  • secubit garam


Bahan-bahan Sup Ikan Bilis


  • 100 gm ikan bilis
  • 2 1/2 liter air 
  • Garam secukup rasa

Bahan untuk Lauk

  • Minyak untuk menumis
  • 2 sudu besar bawang putih
  • 100 gm isi ayam dicincang
  • Cendawan shitake kering (dihiris halus)
  • Cendawan kayu kering (dihiris halus)
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar kicap pekat


Bahan Tambahan/Extra


  • Sawi
  • Ikan bilis goreng
  • Cili merah - dihiris
  • Bawang goreng
  • Daun bawang


Cara-cara membuat Pan Mee


  1. Campurkan tepung gandum, air, telur & minyak hingga sebati.
  2. Uli campuran tadi sehingga menjadi doh. 
  3. Tutup doh dengan kain lembap untuk elak doh kering. Kemudian, biarkan doh tadi selama lebih kurang 30 minit. 
  4. Selepas 30 mini. Ambil sedikit doh, dan leperkan doh hingga nipis. Leperkan beberapa kali sehingga doh menjadi betul-betul nipis.
  5. Lipat doh tersebut beberapa kali, kemudian potong ia menjadi mee, ataupun dikoyak-koyak, atau pun buat mentuk favorite menggunakan mesin mee.
  6. Siap.

Nasihat: Jika menggunakan mesin, tidak perlu mencampurkan minyak ke dalam campuran adunan kerana minyak akan menyebabkan doh menjadi terlalu lembut dan susah untuk dimesin.

Cara-cara membuat lauk


  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang putih hingga garing.
  3. Masukkan isi ayam. Kemudian gaulkan.
  4. Masukkan cendawan shitake dan cendawan kayu, kemudian sambung gaulkan lagi.
  5. Akhir sekali masukan kicap cair & kicap pekat. 
  6. Gaulkan semua bahan-bahan sehingga isi ayam betul-betul masak.


Cara-cara menyediakan sup ikan bilis untuk Pan Mee


  1. Didihkan semua bahan dalam senarai Bahan-bahan Sup Ikan Bilis selama 3 jam.
  2. Kuantiti sup bergantung pada kuantiti pan mee. Sumber chef google cakap dia main agak-agak je.
  3. Selepas 3 jam, atau anda panaskan kembali sup jika sup telah sejuk.
  4. Apabila sup dah menggelegak, masukkan pan mee tadi bersama-sama sayur sawi. Rebus lebih kurang 3 minit. Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk.
  5. Letakkan bahan lauk ke atas mee. Taburkan ikan bilis goreng, cili merah, bawang goreng dan daun bawang.
  6. Siap dan sedia untuk dimakan.

Anda juga boleh memasukkan bahan-bahan lain untuk Lauk :

kuantiti ikut suka.
  • Udang
  • Seafood tofu
  • Bebola ikan
  • Sotong



Selamat Mencuba dan Menjamu Selera.


Siapa Shaklee

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Kali ini saya nak berkongsi dengan korang siapa Shaklee.


Shaklee percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.

Kisah Shaklee ni bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.

Hari ini, Shaklee merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Shaklee melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk-produknya Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
Kata Shaklee:
Kami menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
Kami menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
Kami telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
Turut dikumpulkan antara video yang menerapkan kisah Shaklee dan kata-kata Dr. Forrest C. Shaklee sendiri. Sila klik di sini untuk menonton.

Paling menarik, Shaklee juga menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan berkongsi produknya.

Sehingga hari ini, Shaklee telah membayar komisyen bernilai lebih USD $6.7 billion kepada para pengedar Shaklee (atau lebih dikenali sebagai SID, Shaklee Independent Distributor), dan bahagian yang lagi menarik ialah Shaklee menjemput korang juga untuk mengecapi manfaat memiliki perniagaan Shaklee korang sendiri.

Jika korang berminat nak jadi ahli pengedar Shaklee yang sah, korang boleh klik di sini.