Beliau berjaya mencipta printer Brail pada kos yg sangat murah iaitu sekitar USD500 berbanding pasaran semasa sekitar USD2000, hanya dengan bermula dari set Lego.
Jumaat, 18 September 2015
Pelajar 13 tahun Dapat Suntikan Modal dari Intel untuk Kompeninya Sendiri
Sila klik read more untuk tonton video yang sungguh berinspirasi dan motivasi ini.
Beliau berjaya mencipta printer Brail pada kos yg sangat murah iaitu sekitar USD500 berbanding pasaran semasa sekitar USD2000, hanya dengan bermula dari set Lego.
Beliau berjaya mencipta printer Brail pada kos yg sangat murah iaitu sekitar USD500 berbanding pasaran semasa sekitar USD2000, hanya dengan bermula dari set Lego.
Rabu, 5 Ogos 2015
Penyesalan Terhadap Surah Yaasin Ada Penyelesaiannya
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...
Terima kasih kerana sudi untuk membaca entri AfhamRusli [dot] Com kali ini, yang bertajuk agak ganjal bagi sesetengah pihak. Namun apa yang Afham nak kongsikan ini, adalah sebuah penyesalan yang diluahkan oleh seorang arwah pakcik kenalan Afham sewaktu belajar dahulu.
Keluhannya amat berat sehingga arwah berpesan kepada Afham dan kawan Afham yang menziarahi beliau. Namun, Afham tidak pandang ringan terhadap pesanan beliau. Nak tahu apa pesanan beliau? Teruskan pembacaan entri ini.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Suatu hari sewaktu Afham masih lagi secara rasmi bergelar pelajar, Afham telah menziarahi seorang pakcik yang uzur. Matanya rabun, nak berjalan dia tak larat, namun alhamdulillah dia masih mampu solat dan akalnya boleh dikatakan OK pada usia beliau. Diusia beliau kalau tak dijaga akalnya, kita sentiasa disajikan cerita-cerita yang berfaktorkan nyanyok.
Bersolat jumaat dan makan tengahari yang menyebabkan Afham dan kawan-kawan segan. Ye la, kan datang ziarah, tuan rumah pula sampai makan tengahari disediakannya. Macam menyusahkan la pula. Namun, ziarah kami ada pengisiannya.
Pakcik tu, pegang al-quran, ketika masjid yang terletak betul-betul depan rumahnya mendendangkan alunan merdu bacaan al-quran. Yang kebetulannya, surah yang dibaca qari berkenaan ialah Yaasin.
Allahuakhbar... Subhanallah... Alhamdulillah... La-ila-ha-illallah...
Terdengar pakcik tu berzikir. Kemudian, beliau panggil kami betul-betul hampir pada beliau, sebab telinga beliau, kadang-kadang OK, kadang-kadang ada masalah pendengaran. Dikongsikan dari kecil sampai besar, sampai kahwin dan ber-anak-cucu, beliau selalu culas juga membaca al-quran kerana sibuk bekerja dan melayan anak-cucu. Tapi dia masih lagi sambar peluang jika kelapangan untuk membaca al-quran.
Beliau tiba-tiba berhenti bercerita. Air mata bergelinangan, menahan sebak.
"Pakcik menyesal tak menghafal surah-surah penting, lebih-lebih lagi surah Yaasin. Pakcik dah tak nampak untuk baca al-quran. Rabunnya tinggi sangat, huruf-huruf al-quran jadi kabur. Tuhan dah tarik nikmat mata dan membaca pakcik. Tapi pakcik redha."
(lebih kurang macam tu la kata-kata yang ditutur oleh beliau.)
Kami yang berada di situ turut tersentuh dengan luahan pakcik tu. Dalam hati terdetik, "Ya Allah, Engkau permudahkan la urusan pakcik ini dan matikanlah dia dalam iman dan amal solehnya."
![]() |
| Sumber gambar: http://yppm.org.my/2015/05/yasin-malam-jumaat-sunnah-atau-bidah/ |
Beliau asyik ulang pesanannya, dengan ayat sesalannya. Menasihati kami supaya menghafal surah-surah al-quran, terutamanya Yaasin. Amat kekok untuk kami berkata-kata melainkan isyarat angguk kepala menjadi ganti tanda setuju dengan nasihat berkenaan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Penyelesaian yang Afham maksudkan ada banyak. Tapi Afham suka kongsikan 2 ni:
- Antaranya, Shaklee kan ada. Hehe.
- Selain dari tu, apa yang mungkin boleh membantu pakcik tu ialah sebuah alat pendengaran yang boleh memainkan bacaan surah-surah al-quran, seperti MP3.
Afham betul-betul serius juga ketika taip Shaklee kan ada. Alhamdulillah setakat ni, dengan izin Allah produk Shaklee masih mampu membantu kesihatan dan menjadikan kesihatan lebih baik. Alhamdulillah. Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan produk Shaklee. Boleh la hubungi Afham melalui medium tersenarai di bawah:
Nama: Afham Rusli
SMS/Call/Whatsapp/Telegram : 013-624 2598
Email : afhamrusli@gmail.com
Facebook : Afham Rusli
Facebook page : Afham Rusli
Khamis, 30 Julai 2015
Keracunan Makanan dan Cirit-Birit
By Afham Rusli7/30/2015 07:30:00 PGCirit-Birit, garlic, Keracunan Makanan, pd, peppermint, sustainvita-cNo comments
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Masalah keracunan makanan dan cirit-birit merupakan perkara yang biasa berlaku lebih-lebih lagi pada Hari Raya Aidilfitri setiap tahun. Afham faham sangat perasaan dan rasa ketika menghadapi masalah ni. Sehingga hilang nafsu makan. Alahai, kemponan masakan dan kueh kegemaran. Nak-nak pula ketika raya je boleh jumpa masakan dan kueh kegemaran tu. Nak buat macamana, benda dah jadi. Redha saja la. Kifarah dosa. Hehe.
Ketika raya ni, lebih rela menahan sakit dengan harapan cepat hilang tanpa perlu ke klinik atau hospital. Yela, rugi ar kalau kena raya seorang diri kat hospital.
Penyelesaian yang Afham cadangkan
Namun masalah ini, insyAllah boleh diatasi dengan pengambilan pemakanan tambahan untuk kesihatan badan kita. Afham sarankan ambil 4 pemakanan tambahan sekali gus atas sebab fungsinya. Kalau kita sihat,
2. Peppermint-Ginger Plus baik untuk perut sebu dan angin.
Nama: Afham Rusli
SMS/Call/Whatsapp/Telegram : 013-624 2598
Email : afhamrusli@gmail.com
Facebook : Afham Rusli
Facebook page : Afham Rusli
Selasa, 7 Julai 2015
Mudahnya Menjemput Rezeki
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terbaca entri di blog sahabat saya bertajuk yang sama.
Sengaja dikekalkan tajuk entri untuk kekalkan 'aura' atau tenaga yang dirasai.
Jom sama-sama baca dan *amalkannya.
NOTA:
*Hak untuk beramal, kebebasan yang Allah SWT bagi kepada kita tanpa kita perlu bayar balik hatta 1 saat kita hirup udara ciptaan-NYA. Fikir-fikirkanlah.
A very good sharing by a friend of a friend of mine.
(Perkongsian yang baik dari seorang sahabat kepada sahabat saya.)
Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT
REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan
sekolah. Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih "Seminar Mudahnya
Menjemput Rezeki" yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH.
Networking (Hubungan) kita dengan ALLAH mesti luar biasa.
Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding
luar biasa. Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak usaha untuk menjemput rezeki.
1. Networking pertama adalah DHUHA.
Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah tambah rakaat..makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waaqi'ah.
Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT
2. Tahajjud.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni.
Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
3. Membaca Al-Quran.
Apa yang di cerita,bangun pagi kita jangan buka handphone atau rancang nak buat apa
dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.
Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada
kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".
Contoh :
bila tak baca Quran dgn alasan banyak kerja, even duk rumah je pun, kita akan rasa.
"Eh, dah pukul 12?
Cepatnya masa berlalu!
Belum masak lagi, belum sidai kain lagi". Sebab tiada keberkatan masa.
Seolah kita melakukan sesuatu perkara tu terlalu mengambil masa, terlalu lama.
Sedangkan bila kita baca Quran pagi2 tu,
kita akan rasa, "Eh baru pukul 8am lagi tadi aku buat kerja sana sini?
Laju sangat ke aku buat kerja?
Rasanya biasa je, relax je. Hmm"
4. Berzikir.
Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari.

5. Solat Berjemaah.
Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid.
Pergi 10 minit awal sebelum azan.

6. Bersilaturrahim.
Janganlah kita memecahkan silaturrahim.
Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang lapang dan tenang.

7. Bersedekah.
Ini amalan yang sangat dititikberatkan kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita,nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi.
Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.
Testimoni beliau lagi..
seorang kawan pergi outstation 7 hari.
Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..
bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH.
Dia sedekah 3 tempat anak yatim.
Dijadikan cerita..iron (Sterika) rumah dia tak tutup.
Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH

8. Solatlah di awal waktu.
Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya.
Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..
batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??
Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat.

9.Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH.
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. Tawakal dan Usaha.
Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal.
Tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaa Siin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waaqi'ah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.
Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.
Semoga ada manfaat buat kita...
Sedang mencuba InsyAllah
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Alhamdulillah
Diharap semua pembaca beroleh manfaat daripada perkongsian ini.
Afham juga dalam proses istiqamahkan diri dalam mengamalkan amalan menjemput rezeki.
InsyAllah kita akan sentiasa dalam keadaan dilindungi Allah SWT serta sentiasa dicucuri rahmah dan barakah-NYA.
Selasa, 19 Mei 2015
[Movie] Furious 7 - Hamdulillah Song
Assalamualaikum and Welcome to all.
Last time I watched Furious 7 twice.
Once with my lovely wife. Then with my brother as he came to my home.
Within it has this song, Hamdulillah, which were played twice in the movie itself. First, when they arrive at Abu Dhabi, second time at ends of the movie while credit being list out.
Here I share it with you guys.
Hope you enjoy it!
Have a nice day!

















