Sekarang semua orang boleh kurus dengan mudah menggunakan formula rahsia M.E.S.T.I. Dapatkan eBook Mini Now Everyone Can Kurus (NECK) dengan PERCUMA sekarang. Sila klik pada gambar ini untuk download FREE mini eBook NECK.
Sekarang semua orang boleh kurus dengan mudah menggunakan formula rahsia M.E.S.T.I. Dapatkan info dan tips PERCUMA di blog rasmi Now Everyone Can Kurus (NECK). Sila klik pada gambar ini untuk ke blog rasmi NECK.
Adakah anda gemuk? Jika YA, sekaranglah masanya untuk anda kurus dengan mudah menggunakan formula rahsia M.E.S.T.I. Dapatkan eBook Mini Now Everyone Can Kurus (NECK) dengan PERCUMA sekarang. Sila klik pada gambar ini untuk download FREE mini eBook NECK.
Pentingnya ambil air yang cukup untuk kurus dan sihat. Baca artikel penuh dengan PERCUMA di blog rasmi Now Everyone Can Kurus (NECK). Sila klik pada gambar ini untuk terus baca artikel penuh.
Pentingnya untuk anda ketahui kesilapan ini. Info ini dapat membantu anda lebih bersedia untuk kurus dan sihat. Baca artikel penuh dengan PERCUMA di blog rasmi Now Everyone Can Kurus (NECK). Sila klik pada gambar ini untuk terus baca artikel penuh.
Saya doakan anda semua sentiasa sihat, berjaya dan kaya.
Entri kali ini perkongsian pengalaman saya ketika bertarung dengan Bell's Palsy.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan mana-mana pihak.
Kesian kat adik ni, baru umur 1 tahun lebih dah kena Bell's Palsy.
Apa itu Bell's Palsy?
Bell's Palsy juga dikenali sebagai stroke kecil. Namun, Bell's Palsy bukan stroke.
Kerana sifat serangan Bell's Palsy adalah lumpuh atau lemah pada sebelah muka kerana kerosakan kepada saraf ketujuh (iaitu saraf muka) tengkorak, yang bertanggungjawab untuk mengawal otot muka. Lumpuh berlaku hanya pada sebelah muka sahaja. Samada kiri atau kanan.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan mana-mana pihak.
Punca Bell's Palsy
Punca sebenar Bell's Palsy belum diketahui sehingga sekarang.
Bagaimanapun, hasil kajian sekumpulan penyelidik dan pakar perubatan Jepun mendapati penyakit ini berpunca daripada virus herpes simplex.
Berdasarkan teori mereka, virus itu yang juga punca penyakit kayap dan cengkering (chicken pox), hidup di dalam saraf ganglion sama ada di sebelah kiri atau kanan telinga seseorang.
[Sumber bacaan: wikipedia.org , hmetro.com.my dan utusan.com.my]
Pengalaman Sendiri kena Bell's Palsy
Di suatu malam pada tahun 2010. Baru sahaja pulang dari pejabat, berhenti di sebuah restoran tapaw makan malam.
Ketika itu, saya merasakan lidah saya kebas. tapi masih berperasangka baik, walaupun dah rasa pelik. Mana la tahu, kot-kot sebab gula-gula yang saya makan sebelum tu, gula-gula Hacks.
Masa tu pun dah kurang sihat sikit sebab batuk-batuk.
Tumpang tidur di rumah kawan, Acab (nama samaran), untuk meraikan dia masuk rumah sewa baru. Walhal, rumah kami dekat sahaja. Ya la, nama pun meraikan. Hehe. Kami makan-makan, tengok TV sambil borak macam biasa.
Bangun esok paginya, muka rasa kebas sangat macam tersalah tidur dilantai banyak permukaan, manakala lidah pula kebas sangat, lebih kebas dari malam tadi, macam kena bius. Bercakap pun tak jelas apa yang dituturkan, sebab lidah dah kebas dan takleh nak lentok-lentok macam kita bercakap ketika lidah ok. Acab ada tanyakan saya, samada saya ok ke tak. Saya cakap, ok kot mungkin tersalah tidur malam tadi. Dengan sangkaan, sebab tersalah tidur, saya pulang ke rumah dan buat aktiviti harian macam biasa.
Maghrib hari yang sama. Nak solat pun bacaan tak betul. Nak makan dan minum pun dah tak betul. Waktu berwuduk pun dah tak berapa betul dah, sebab mulut takleh tutup rapat, berkumur tapi mulut tak boleh nak kenakan tekanan, air kumur akan tersembur keluar macam air pancut.
Selepas solat isyak, saya terus ke emergency Hospital Putrajaya, sebabnya ketika itu paling dekat dengan rumah saya ialah Hospital Putrajaya, dan senang, hospital ni memang dah ada rekod saya. Selepas berdaftar di emergency di ruangan triangle, pendaftar terus label saya sebagai merah. Dia suspek saya kena stroke. Pembantu perubatan tanya saya, bila lagi keadaan ini terjadi pada saya. Saya cakap sejak malam tadi rasanya, sebab kebas masih tak hilang setelah hampir sehari suntuk kebas tak hilang. Dia siap perli saya, "Bagus la! Tunggu lama-lama sikit baru datang.". Saya faham maksud dia, bahaya jika dibiarkan lama-lama.
Doktor terus bawa saya masuk dalam untuk analisis awal. Tengokkan keadaan saya, doktor suruh saya pejam mata, tutup mulut, lawan pergerakan tangan dan kaki bila doktor tahan. Kemudian, doktor minta pembantunya bawa saya pergi buat scan otak untuk tentukan samada sakit saya itu stroke atau bukan. Alhamdulillah bukan stroke. Doktor suspek saya kena jangkitan virus, kerana serangan hanya pada sebelah muka.
Doktor explain, virus ni kemungkinan bersebaran melalui udara ataupun bertumpangan melalui orang perorangan ataupun haiwan. Mungkin juga sebab saya kurang sihat masa tu, demam batuk sakit tekak, kemudian terjangkit. Doktor cakap juga, sampai sekarang takde kajian saintifik boleh buktikan cara serangan virus tu macamana.
Bell's Palsy ni, virus makan otot dan saraf pada muka. Yangg peliknya sebelah je. Kata doktor, kalau lambat treatment boleh turun ke leher, dan turun lagi. Tapi biasanya jarang ada kes melarat sampai leher sebab pesakit selalunya akan ke klinik or hospital apabila sebelah muka kebas, mata takleh tutup rapat atau buka penuh, mulut takleh tutup rapat atau buka penuh macam biasa, muka senget sebab tertarik oleh muka sebelah lagi yang ok. Macam kena stroke gitu. Time tu saya terkejut juga. Pertama kali dapat tahu berkenaan sakit atau jangkitan seperti ini.
Namun, secara logik, sepatutnya orang sekeliling saya pun kena. Ujian Allah, hanya saya seorang sahaja yang kena.
Doktor berikan saya ubat antivirus, steroid, ubat titik mata untuk lembapkan mata sebab takleh tutup rapat, dan lain-lain ubat saya tak berapa ingat.
Syukur kehadrat Ilahi. Alhamdulillah.
Selepas makan ubat-ubat itu, kebas hilang, otot dan saraf mula ada semula pada sebelah muka yang kena Bell's Palsy. Bila ditekan-tekan pada muka yang kena Bell's Palsy, dengan muka yang normal, jelas boleh rasa pada bahagian serangan Bell's Palsy boleh rasa tulang, berbanding boleh rasa otot-otot pada bahagian yang normal.
Disebabkan muka yang kena serangan Bell's Palsy kekurangan otot dan saraf, muka makin senget. Herot ke arah muka yang normal sebab ditarik oleh otot-otot yang kuat di sebelah muka yang normal. Jika kalian tengok muka saya sekarang. Bagi yang pernah jumpa saya atau tengok gambar saya yang terbaru, ada nampak tak muka saya senget, lebih-lebih lagi pada mulut ?
Takde kan. Macamana nak pulihkan semula muka yang senget? Jika nak tahu, saya ada ceritakan pada sub-topik berikutnya.
Rawatan Pulihkan Muka Herot/Senget Sebab Bell's Palsy
Kebetulan di Hospital Putrajaya ada Unit Fisioterapi dan Klinik Perubatan Tradisional.
Di Unit Fisioterapi, saya diajar macamana untuk mengurut muka dan melakukan aktiviti fisio yang boleh membantu dalam menguatkan otot-otot dan saraf muka. Turut diberikan, pamplet cara-cara urutan fisioterapi untuk pesakit Bell's Palsy. Fisioterapi ni, saya hanya perlu hadir sekali sahaja, kemudian, disarankan kerapkan urut sendiri di rumah atau pejabat. Mesti, dilakukan dalam keadaan baring.
Selain itu, saya turut buat carian di internet berkaitan cara-cara untuk pulihkan muka yang herot senget ini. Disarankan akupuntur ialah teknik terbaik untuk pulihkan muka. Di Hospital Putrajaya, terdapat Klinik Perubatan Tradisional yang turut menawarkan khidmat akupuntur. Saya walk-in bertanyakan caj perkhidmatan. Harga yang ditawarkan, sama macam mana-mana pusat akupuntur. Bagusnya, mereka sarankan saya dapatkan surut rujukan daripada doktor pakar untuk dapatkan khidmat akupuntur percuma.
Kebetulan pesakit Bell's Palsy akan ditetapkan temu-janji dengan doktor pakar, sebab doktor hanya menduga ianya Bell's Palsy. Jadi doktor perlu berjumpa saya semula untuk memastikan kesihatan saya bertambah dengan baik, Saya gunakan peluang ni dengan baik, saya minta jasa baik doktor pakar tadi untuk membuat surut rujukan bagi membolehkan saya mendapatkan rawatan akupuntur untuk Bell's Palsy.
Alhamdulillah, saya berjaya membuat rawatan akupuntur percuma di Klinik Perubatan Tradisional, Hospital Putrajaya. Sesi akupuntur saya sepatutnya banyak, tapi saya hanya buat akupuntur 5 kali, sebab kekangan dengan kerja yang makin sibuk.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan mana-mana pihak.
Rawatan Fisioterapi Muka
Segala bentuk jenis urutan mestilah dalam keadaan baring, dan diurut dari dagu, mulut, pipi, hidung, kening, dan dahi, dilalukan di atas telinga, sehingga belakang cuping telinga, dan gentel belakang cuping telinga 3-5 kali. Kemudian, ulang semula dari bahagian muka yang diurut. Ulang sekurang-kurangnya 3 kali setiap bahagian.
Selain itu, senaman tiup belon banyak-banyak kali, membantu untuk kuatkan semula otot-otot dan saraf pada mulut. Ahli fisioterapi turut sarankan saya untuk tiup belon sehingga pecah. Jika berjaya pecahkan belon, itu tandanya mulut saya dah kuat.
Ketika minum air, guna straw je, sebab susah nak tutup mulut dan minum air macam biasa. Makan pun sama, saya terpaksa guna sudu untuk suap makanan. Bayangkan, kalau makan minum macam biasa ketika kena Bell's Palsy, saya seolah-olah makan macam bayi, abis comot. Hehe.
Saya turut menyediakan 2 video demonstrasi cara urutan fisioterapi muka, selamat menonton:
Perasaan Ketika Kena Bell's Palsy
Jujur saya cakap, pada permulaan, sesiapa yang menghadapinya pasti moral jatuh, keyakinan diri jatuh, motivasi diri jatuh. Saya alaminya sendiri.
Alhamdulillah keluarga dan kawan-kawan memahami dan memberi sokongan moral dan motivasi untuk teruskan hidup ini. Dari situ, saya dapatkan semangat untuk mencari jalan untuk pulihkan muka saya.
Paling penting redha dengan ujian Allah dan terima positif serta berusaha untuk pulihkan muka.
Sehingga kini, saya masih mengurut muka saya.
Ada Kata Steriod Menggemukkan
La! Baru saya tahu steroid menggemukkan.
Sebelum ni tak pernah tahupun.
Kini, steriod ni, menjadi salah satu punca saya gemuk.
Pengambilan Supplement (Pemakanan Tambahan) Juga Membantu Pulih Bell's Palsy
Ini kisah saya yang dalam proses menurunkan berat badan.
Dalam masa yang sama saya perlu detox, kerana detox membantu dalam penurunan berat badan.
Nak baca lebih lanjut berkenaan detox, boleh klik di sini.
Jika anda sayangkan diri anda dan keluarga, detox la badan anda sebelum terlambat. Antara asbab penyakit ialah berpunca dari makanan dan perut (usus). Jangan tunggu dah kena penyakit baru nak terhegeh-hegeh mencari penyelesaian. Boleh tu memang boleh. Cuma kena tunggu sakit dulu, baru nak cegah?
Healing Crisis Punca Saya Berhenti/Tangguh Detox
Ini kisah saya, bermula pada 13 Disember 2014. Setelah seminggu lebih detox badan untuk kurus.
Badan rasa ringan sahaja. Detox berkesan! Alhamdulillah. Namun, pada tarikh keramat itu, saya mula mengalami healing crisis.
Kepala sakit sangat, batuk, mata keluar tahi dengan banyak, sakit-sakit badan terutama pada sendi.
Hari ini, belum terlintas di fikiran bahawa saya tengah mengalami healing crisis. Maksudnya, masih mengambil suppliment detox iaitu Alfalfa.
Pada 14 Disember 2014, rasa tak sedap hati sebab healing crisis masih kuat. Kebiasaannya, jika demam, sehari dah mula kebah. Healing crisis!
Detik hati ini. Terlintas di fikiran. Hari ini, saya kurangkan dos suppliment Alfalfa dari 5 biji ke 3 biji, untuk pagi dan malam.
Air saya minum lebih dari kebiasaan.
Program kurus sarankan minum 4 Liter, saya minum lebih. Pada fikiran saya, boleh membantu detox keluarkan toksin dengan lebih cepat. So, healing crisis boleh cepat baik.
15 Disember 2014, seorang kenalan bertanyakan khabar berkaitan healing crisis saya.
Keadaan masih lagi sama. Namun, aku dah stop/pause pengambilan Alfalfa sebab nak kasi kurang sakit. Saya ceritakan segalanya kepada kenalan ini. Rakan seperjuangan.
Dia juga sarankan untuk aku stop pengambilan Alfalfa untuk kasi badan rasi atau stabil atau kasi badan terima proses detox dengan elok.
Saya fikir ada logiknya. Jadi saya buat keputusan untuk stop detox sehingga rasa ok.
Hari makan hari. Suppliment Detox masih stop/pause. Badan masih ringan, sakit kepala dan sakit-sakit badan mula hilang. Tinggal batuk-batuk dan tahi mata je masih lagi ada tapi beransur kurang. Makan pun jaga. Maklumlah tengah program kurus.
Kebaikan Detox dalam Kuruskan Badan
Alhamdulillah. Tarikh keramat 22 Disember 2014, berat badan berjaya turun sehingga 111.6 KG.
Saya mula program kurus pada 24 November 2014 dengan berat 120.0 KG. 8.4 KG tu turun dalam masa 29 hari.
Detox memang membantu dalam proses kuruskan badan. Nah saya dah buktikan melalui penurunan berat badan saya. Nak tahu macamana detox membantu dalam kuruskan badan? Klik sini.
Belajar Nutrisi Bersama Nutritionist yang Pakar
Sehari sebelum tu, 21 Disember 2014. Saya pergi menimba ilmu nutrisi suppliment dengan nutritionist yang sememangnya pakar dalam bidangnya.
Kita makan suppliment ni, kenalah tahu fungsi suppliment yang kita makan. Supaya kita boleh manfaatkannya untuk badan kita. Dalam kelas tu, saya ambil peluang untuk bertanyakan prihal healing crisis dari proses detox saya, dan apakah tindakan terbaik? Nak stop atau teruskan.
Alangkah terkejut!
Nutritionist cakap,
"Jangan stop ambil! Kena teruskan ambil Alfalfa tu. Jika stop, nanti proses tu terhenti. Healing crisis bagus, sebab ianya menunjukkan badan anda dalam proses pemulihan. Teruskan sehingga healing crisis stop. Jika tak tahan sakit, kawal atau kurangkan dos pengambilan je. Kalian boleh rujuk kami bila-bila masa sahaja."
Cuba teka, saya ada makan ubat tak?
Mestilah ada makan ubat.
Saya makan panadol untuk tahan sakit dan ubat batuk untuk legakan batuk.
Siapa nak berterusan sakit? Mesti nak sihat dan tak sakit kan.
Namun, ini juga merupakan titik kesilapan saya juga. Sekurang-kurangnya saya dah tak sakit. Batuk masih ada la.
Pantang sejuk atau berhabuk mesti batuk sekarang ni.
Kesilapan di sini ialah:
Ambil ubat, cepat naik toksin dan impurities
Badan jadi cepat naik, sebab lama stop/pause detox.
Pada 22 Disember 2014 baru je happy berat berjaya turun menjadi 111.6 KG, namun tarikh keramat tadi menjadi tarikh 'kiamat' dalam waktu yang singkat, berat badan saya naik ke 115.9 KG pada 28 Disember 2014.
Kesimpulannya
Seteruk mana healing crisis jangan stop detox!
Jika nak kurangkan sikit efek healing crisis, kita hanya perlu kurangkan dos pengambilan dan minum air banyak-banyak, sehinggalah badan stabil.
Motivasi Detox dan Kuruskan Badan
Kini, saya kembali detox dan bersenam macam biasa.
Saya sayangkan badan saya. Saya sayangkan keluarga saya.
Dengan badan yang sihat, barulah boleh luangkan masa berkualiti dengan keluarga.
Dengan badan yang sihat, barulah boleh beramal ibadat dengan baik.
Dengan badan yang sihat, barulah boleh bekerja dengan fokus.
JOM KURUS DENGAN SIHAT !!!
Jika anda berminat nak tahu tentang detox dan program kurus saya?
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua.
Terima kasih kerana sudi singgah untuk membaca entri ini.
Entri ini berceritakan tentang bermulanya kembara cabaran aku nak kurus.
Dan sudah pasti saya akan lakukan cabaran ini dengan mengambil suppliment Shaklee.
Alhamdulillah.
Bersyukur sangat-sangat kepada Allah kerana memakbulkan doa aku, umi, ayah, isteri tercinta dan kawan-kawan semua yang tidak putus-putus supaya aku kurus. Aamiin.
Kini sudah 3 minggu menjalani Fasa Pertama untuk kurus.
Berat badan aku , berjaya diturunkan dari 120.0 KG ke 113.0 KG.
Namun, masuk minggu ke-2, berat badan aku 114.0 KG. Ianya kekal sehingga awal minggu ke-3.
Sudah! Berat aku dah segan nak turun.
Macamana ni?
Panik? Sudah tentu ada panik sikit.
Walau bagaimana sekalipun, nak kuruskan badan kena ada ilmu.
Berat badan segan nak turun, dipanggil Platue.
Platue berlaku sebab BMR, DCR dan mDCR semasa kita sudah tidak boleh diterima pakai.
Aku kena kira semula BMR, DCR dan setkan semula mDCR aku.
Alhamdulillah, di penghujung minggu ke-3, berat badan aku berjaya turun sebanyak 1.0 KG, menjadi 113.0 KG.
Kenapa tidak boleh skip jadual makan?
Klik pada gambara rajah untuk paparan lebih jelas.
Jika skip jadual makan sebab nak kurus atau sibuk, kadar metabolisma badan anda akan menurun.
Lebih teruk lagi, badan akan fikir kita tak cukup makan. Apabila kita makan, badan akan simpan tenaga dalam bentuk lemak untuk reserve bila-bila masa jika kita tak cukup makan.
Dengan ini, kita akan jadi semakin gemuk!
Menakutkan kan ?
Klik pada gambara rajah untuk paparan lebih jelas.
Sarapan pagi paling penting. Anda tak digalakkan skip.
Klik pada gambara rajah untuk paparan lebih jelas.
Mungkin juga anda fikir, jika anda skip makan membantu anda untuk kurus.
NO WAY !!!
Dengan skip makan, nafsu makan anda akan meningkat dengan tinggi secara tak sedar.
Sebaik-baiknya, anda masih makan, walaupun sekerap mana, tapi dalam kuantiti yang kecil.
Terima kasih kerana sudi luangkan masa anda membaca entri ini.
Tolong jangan copy & paste entri ini, melainkan anda rasa entri ini ialah ilmu yang berguna untuk dikongsikan.
Sila hubungi saya untuk pesanan produk Shaklee,
dan pertanyaan/ konsultasi percuma:
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua.
Terima kasih kerana sudi singgah untuk membaca entri ini.
Entri ini berceritakan tentang bermulanya kembara cabaran aku nak kurus.
Dan sudah pasti saya akan lakukan cabaran ini dengan mengambil suppliment Shaklee.
Alhamdulillah.
Bersyukur sangat-sangat kepada Allah kerana memakbulkan doa aku, umi, ayah, dan isteri tercinta yang tidak putus-putus supaya aku kurus.
Kejutan 'elektrik' pada 23 November 2014.
Sedang duk syok-syok berdiskusi tentang topik hangat, nak kurus.
Tetiba, Sifu Firdaus offer nak jadi personal coach kurus aku.
TERKEJUT!
SENTAP DALAM KEADAAN HAPPY!
Kena pantas! Peluang datang terus sambar macam helang!
"SAYA NAK KURUS FIRDAUS! Tolong saya untuk kurus."
"Saya takut Afham lakukan setengah jalan je. Afham rela ke untuk saya 'kerjakan'?"
BMR ni bahasa mudahnya ialah kadar metabolisma basal, atau kadar pembakaran tenaga oleh badan kita walaupun hanya dengan duduk bersahaja tanpa aktiviti.
DCR ni bahasa mudahnya ialah jumlah kalori yang diperlukan badan setiap hari.
Berikut ialah hasilnya, berdasarkan ketinggian dan berat aku.
*kcal ialah kilo-kalori, singkatan bagi unit kalori.
Fasa Pertama, 100KG
Firdaus menelefon aku, menceritakan misi aku untuk Fasa Pertama.
Fasa Pertama ialah penurunan berat aku dari 120KG kepada 100KG.
Misi aku ialah untuk memastikan pengambilan kalori yang seimbang dengan pembakarannya.
Dengan keseimbangan ini, insyAllah aku dapat kuruskan badan aku.
Sekiranya anda menggunakan telefon pintar yang menggunakan android OS, anda boleh dapatkan appsmyfitnesspal secara percuma di Google Play Store.
Dengan menggunakan myfitnesspal, aku dapat tahu, aku perlu hadkan pengambilan kalori aku kepada hanya 1500kcal sehari.
Bayangkan, DCR aku 2503kcal, tapi aku terpaksa hadkan pengambilan kalori kepada 1500kcal sehari untuk kurus. Lembik beb, lembik aku nanti. Silap-silap, bukan kurus, tapi makin besar. Sebab lapar tak cukup tenaga, nampak benda sedap depan mata pasti balun punya la!
Jadi, untuk elakkan dari badan aku kekurangan tenaga, aku perlu tambah kalori sebanyak 500kcal dalam diet seharian aku. Kalau macam ni, baik aku tulis pengambilan kalori 2000kcal terus ye dok?
Hehe. Tergelak kecil aku. hehe. sekali lagi. Rasa geli hati.
Ada tujuan la kenapa pengambilan kalori ditulis "1500kcal + 500kcal". Agak-agak kenapa?
Jawapannya supaya senang aku kenal pasti, 1500kcal merupakan jumlah sebenar had kalori yang patut aku ambil seharian. Disebabkan had kalori harian itu agak rendah, jadi aku perlu tambahan kalori +500kcal untuk mengelakkan badan aku dari kekurangan tenaga.
Namun apa pula pembakaran kalori 500kcal setiap hari?
Disebabkan aku mengambil kalori tambahan sebanyak +500kcal sehari, maka aku perlu singkirkan kalori itu semula sebanyak 500kcal. Seolah-olah, aku hanya mengambil kalori sebanyak 1500kcal sehari.
Sifu Firdaus juga menegaskan aku perlu patuh pada jadual makan dan tak boleh skip.
Kenapa tak boleh skip? InsyAllah, akan aku kongsikan di entri Aku Obesiti 120KG Gemuk nak Kurus - Bahagian 1.
Dalam masa yang sama, aku disarankan untuk mengambil set detox Shaklee:
Klik pada gambar rajah untuk paparan lebih jelas.
Herb-Lax
Herb-Lax bertindak sebagai detox dengan membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Pentingnya usus betul-betul bersih, adalah supaya badan kita dapat menyerap semua nutrien dengan mudah dari setiap makanan yang kita makan.
Alfalfa
Alfalfa bertindak sebagai fiber yang membantu dalam mencuci/ detox badan dengan membawa keluar toksin, lemak dan lendir keluar melalui sistem perkumuhan dan 'sistem pembuangan air'.
Jom sama-sama kurus dan dapat kawal berat badan!
Terima kasih kerana sudi luangkan masa anda membaca entri ini.
Tolong jangan copy & paste entri ini, melainkan anda rasa entri ini ialah ilmu yang berguna untuk dikongsikan.
Sila hubungi saya untuk pesanan produk Shaklee, dan pertanyaan/ konsultasi percuma:
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi membaca entri ini, semoga anda kaya dan berjaya. Entri kali ini menceritakan pengalaman saya menghadiri Workshop Pakar Blog. Workshop yang dikendali dan dianjurkan pengasas Zulfa Technologies iaitu Sifu Arham Zulqarnaen, pada 15 November 2014 lepas.
Apa saya dapat ungkapkan tentang workshop tu ialah,
"Best! Best! Best!"
Terlampau banyak ilmu blog yang disuap Sifu Arham. Sampai saya gemuk dengan ilmu blog! Selamat membaca entri ini sampai habis jika mahu tahu apa yang best. Kalau boleh saya nak join sekali lagi (tapi workshop yang lagi advance)!