Isnin, 15 Disember 2014

Wajib Detox untuk Kurus

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya doakan anda berjaya, kaya dan kurus dengan sihat. 

Terima kasih kerana sudi singgah untuk membaca entri ini. 

Entri ini berceritakan tentang, PENTINGNYA DETOX UNTUK KURUS

Sebelum saya mulakan entri DETOX ni, saya nak kongsikan bahawa saya dalam proses kuruskan badan dengan sihat. Anda boleh baca entrinya di sini. Doakan saya dan anda berjaya kurus dengan sihat.

Alhamdulillah, sejak dalam program coaching kurus, dalam masa 3 minggu, saya telah berjaya turunkan berat badan saya dari 120.0 KG ke 113.0 KG, kurus 7 KG.

Mesti anda terkejutkan?
Nak kurus, anda wajib belajar memahami badan anda.
Bak kata pepatah, "tak kenal, maka tak cinta".
Saya juga bersenam, makan nasi, dan juga makan suppliment untuk membantu saya kurus dengan sihat.

Sejak itu, saya mula kenal dan cakna bab DETOX ni.

PENTING tau! Kalau anda betul-betul serious NAK KURUS!

Detox tu apa?

Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Detox ni, suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran, toksin dan racun-racun yang kita ambil melalui pemakanan harian kita samada secara sengaja atau tak. 

Cuba anda bayangkan, sejak dari kecil kita mula makan macam-macam jenis makanan tanpa detox yang baik. Sekarang, badan dah makin naik dengan 'sihat'.

Secara semula jadi, badan kita mempunyai sistem detox tersendiri iaitu hati, usus, ginjal (buah pinggang), dan semua yang tersenarai dalam rajah di atas.

Namun, sebab kita ni, especially saya, suka sangat nak rasa makan itu, makan ini.
Tambahan pula kurang minum air masak. Memang cantik la!
Lama-kelamaan, kita menjadi penternak lemak dan toksin yang berjaya. Tahniah. Hehehe.

Anda perlu faham, DETOX dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus kita dapat befungsi dengan baik dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Apabila Badan Menjadi Jutawan toksin 

Toksin ni jahat!
Penyakit senang datang kalau dalam badan kita banyak toksin.
Silap haribulan, bukan setakat toksin suka jemput-jemput penyakit, malah penyakit susah nak sembuh.

Cuba anda tengok gambar usus di bawah ini, antara yang sihat sehingga yang banyak toksin jahat.

Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Bayangkan, disebabkan paras toksin yang tinggi dalam badan, banyak nutrisi dari makanan harian kita tidak dapat diserap dengan baik oleh badan.

End-up, kita kekurangan nutrisi. 

Oleh sebab itu, dengan rasminya badan kita akan menjadi tidak sihat. Sepertimana yang dikongsikan dalam gambar rajah di bawah.

Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Kenapa anda susah nak kurus jika belum detox?

Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Dalam gambar rajah berwarna hijau di atas, menceritakan pemasalahan seseorang untuk kurus sedangkan badannya belum detox toksin sepenuhnya.

Situasi Kuruskan Badan Tanpa Detox

Badan kita perlu neutralkan kadar toksin dalam badan.
Untuk itu, badan perlu menghasilkan banyak lemak untuk menyerap lebih banyak air.

Sekiranya, anda berjaya turunkan berat badan anda pada peringkat ini.
Anda berkemungkinan besar tidak kekal lama,  dan berat badan akan naik semula.
Harus diingat, kenaikan semula lemak badan akan terjadi lebih dari sebelumnya.

Situasi Kurukan Badan Dengan Detox Terlebih Dahulu

Dengan detoxkan badan kita terlebih dahulu, atau detox sambil-sambil kurus.
Badan kita dapat sesuaikan proses meneutralkan kadar toksin dalam badan dengan saiz badan kita yang mengecil.
Oleh itu, pembakaran lemak anda sudah berkesan menurunkan berat badan.

Kini, anda berjaya turunkan berat badan anda.

Wajib anda ingat, setiap pemakanan kita mengandungi toksin.
Saya sarankan anda untuk detox badan anda secara berterusan.
Untuk terus membantu badan anda meneutralkan toksin.
Supaya anda boleh kurus dengan sihat.

Kita boleh DETOX dengan 3 cara

PERTAMA - Puasa

Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi.

Namun, sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, hanya pada penghujung Ramadhan, kita yang berbadan besar ni mula berasa badan ringan.
Dan mungkin ada juga antara kita dapat turunkan berat badan. Alhamdulillah.

Erti kata lain, detox dengan berpuasa boleh berjaya, dengan syarat anda berpuasa setiap hari. 


KEDUA - Makan Sayur dan Buah

Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan membantu dalam proses detox.

Berikut adalah contoh sumber sayur dan buah yang penting untuk proses detox:

  • Sayur: Celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato, lobak
  • Buah: Epal hijau, nenas, pear, lemon dan oren

Namun, sanggupkah anda untuk makan sayur dan buah dengan kuantiti yang banyak di samping pengambilan karbo seperti nasi untuk seimbangkan pemakanan anda.

KETIGA - Ambil Suppliment DETOX

Ambil FULL PAKEJ DETOX untuk membantu penyingkiran toksin jahat dengan cepat.
Full pakej DETOX ni juga membantu memulihkan semula salur darah yang rosak dan menyihatkan kembali organ-organ dalaman yang sebelum ini terganggu dan tidak sihat disebabkan oleh kehadiran toksin yang tinggi dalam badan.
Dah lama toksin jahat bersarang dalam badan anda kan?
Maka mesti buat perubahan untuk diri sendiri.Full Pakej Suplemen Detox adalah seperti berikut:
  • ESP
  • Vitamin C
  • Herb-Lax
  • Alfalfa
  • Lecithin
  • DTX

Suppliment yang Tersenarai Turut ada Kebaikan Lain

  1. ESP ~ Mencantikkan kulit, membantu kenyangkan perut bagi yang diet, membantu menguatkan sel-sel badan yang lemah, pemakanan alternatif, nutrisi tambahan untuk badan.
  2. Vitamin C ~ Menguatkan sistem imunisasi badan, mencantikkan kulit, membantu dalam rawatan sakit kulit, nutrisi tambahan untuk badan.
  3. Alfalfa ~ Membantu bekalkan nutrisi kepada badan seperti multi-vitamin, bagi kaum wanita alfalfa banyak bantu menggalakkan susu ibu, turut membantu kesihatan wanita kerana khasiatnya menyamai kacip fatimah.
  4. Lecithin ~ Bantu pembuangan minyak dan lemak dalam badan.
Bagi saya Full Set Kurus (termasuk set detox) murah aje.
Sebab anda bukan hanya dapat guna suppliment tu untuk kurus dan detox.
Malah ada banyak kebaikan lain untuk menambah baik kesihatan anda.

Jom kuruskan badan dengan sihat bersama saya.
Anda boleh hubungi saya untuk pertanyaan.

Saya akan bantu anda untuk kurus.



Jika anda dapatkan set kurus dan set detox anda dengan saya,

anda berpeluang untuk dapatkan konsultasi berterusan secara percuma.


Anda boleh hubungi saya, Afham Rusli dengan cara pilihan anda:

SMS/Call/Whatsapp/Telegram : 013-624 2598
Email : afhamrusli@gmail.com

Facebook : Afham Rusli
Facebook page : Afham-Rusli

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Terima kasih kerana sudi luangkan masa anda membaca entri ini. 

Tolong jangan copy & paste entri ini, melainkan anda rasa entri ini ialah ilmu yang berguna untuk dikongsikan. 


3 ulasan:

  1. hohoho..... impurities tu apakah?

    serius ke kena detox habis2an begini....

    BalasPadam
  2. x boleh tidak! saya salut atas perkongsian hebat ini!!!

    BalasPadam
  3. Impurities ini bahan kimia saki-baki hasil tindak balas ubat atau suppliment (ternyata bukan Shaklee, sebab produk Shaklee organic).

    BalasPadam