Selasa, 23 Disember 2014

Motivasi Aku untuk Kurus

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Motivasi aku untuk kurus, adalah sebab aku dah banyak kali ulang-alik hospital dan dah lakukan 2 kali pembedahan yang aku anggap ngeri dalam hidup aku.

Namun, aku rasa perlu juga aku kongsi motivasi lain yang turut mendorong aku untuk kurus.

Berikut terdapat 11 motivasi aku untuk kurus yang aku reka dan tiruvasi dari orang lain:

0 - Pembedahan dan Penyakit

Saya sendiri alami situasi di mana saya kena bedah dan turun naik hospital jumpa doktor semata-mata sebab sakit yang berpunca dari kegemukan diri ini.

1 - ‘Kata-kata perangsang’ dari kawan-kawan dan keluarga

Agak-agak anda apa yang selalu kawan-kawan dan keluarga anda kata ketika anda gemuk dan berbadan besar? 'Gemuk gedebong', 'gemuk gedempol', 'si malas', 'buncit', 'perut besar', 'budak gemuk', 'budak comel', 'si comel', dan macam-macam bukan? Anda tak perlulah ambil hati. Sebaliknya, anda jadikan kata-kata mereka sebagai motivasi untuk anda terus kurus.

2 – Sayang isteri Cintakan famili

Semua sayang dan cintakan pasangan dan keluarga. Kalau aku tak sihat, siapa nak tolong jagakan mereka apabila mereka pula tidak sihat? Nak ke nak, aku terpaksa juga kurus dengan sihat. Supaya aku pula boleh jagakan mereka apabila mereka kurang sihat. Aku menangis tengok isteri aku temankan aku di hospital. Aku bayangkan macamana la keadaan kalau isteriku juga sakit macam aku. Salah seorang mesti sihat. Paling best kalau kedua-duanya kurus dengan gaya hidu

3 – Baju-baju idaman

Aku sendiri pernah dapat hadiah berbentuk pakaian iaitu baju dan seluar dari umi ayah dan juga mertua aku. Bayangkan ada antara pakaian tersebut jauh lebih kecik dari badan aku semasa pemberian. Pakaian pula cenderahati dari tempat mereka bercuti, takkan la nak ke sana semula semata-mata nak tukar saiz. Sedihlah! Nak pakailah! Jangan bimbang! Kecikkan badan anda! Nah, anda sudah tentu boleh muat memakainya selepas anda berjaya kurus dengan sihat!

4 – Model-model

Aku suka tengok gambar model-model antarabangsa dan tempatan! Badan mereka bukan sahaja kurus malah tegap. Sebagai contoh seperti Cristiano Ronaldo, John Cena, Aaron Aziz, dan ramai lagi! kagumkan tengok diorang kurus? Tak salah kejar cita-cita! Cuma aku tak suka tampal poster kat dinding. Cuba anda install bayangan gambar itu di dalam minda. Bila perlu, anda gambarkan semula. Cewah! Macam pelukis professional pula boleh bayangkan seketul-seketul kemantapan badan model idaman anda.


Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas.
[Cristiano Ronaldo, bintang bola sepak antarabangsa]


5 – Lagu yang memberangsangkan

Aku biasa dengar lagu bila nak buat dance exercise, selain daripada itu aku susah nak dengar pada muzik yang aku mainkan. Aku pernah cuba jogging dengan dengar MP3. Tapi otak aku ada alamnya sendiri. Jadi, lagu untuk buat dance exercise. Ketika jogging dan exercise lain, aku insyAllah akan berzikir, supaya badan aku juga terima getaran zikrullah selain getaran pergerakan exercise aku.

6 – Melihat progress aku sendiri

Paling mengembirakan aku ialah apabila bacaan jarum penimbang itu berubah dari kedudukan berat badan aku yang berat, dan menghampiri ke angka target aku. Ini buatkan aku lebih bersemangat untuk meneruskan program kurus dengan sihat, dan bertambah yakin dengan keberkesanan teknik mengira kalori. Paling penting ialah aku juga kena ambil gambar untuk tengok perubahan badan aku.

7 – Bayangan aku di masa hadapan

Fuh memang aku tak leh bayang, sebab aku belum nampak aku kurus macamana. Tapi bayangkan muka aku kat badan John Cena, kat badan Aaron Aziz. Pergh! Hencem wei!

8 – ‘Self-Reward Day’ sangat membantu

Sebab nak sangat kurus dengan sihat. Banyak makanan kegemaran aku, aku kena tahan dulu, takleh makan. Tapi sampai bila nak tahan? Kadang-kadang, sebab lama sangat tahan, aku rasa macam takde apa dah. Ada juga masanya aku rasa nak sangat-sangat. Kesian kat badan, kang jadi tak lalu makan pulak. Jadi caranya, apabila aku telah capai target atau apabila aku dah tahan dari makan makanan kegemaran seperti pizza, KFC, Kenny Rogers, dan sebagainya selama seminggu atau lebih. Aku akan ambil 1 hari cheat-day atau self-reward day supaya tak kempunan atau rasa makan aku tak terbantut. Tapi cheat-day pun kena kawal juga. Tak bermakna cheat-day aku boleh makan sesuka hati tanpa kawal. Aku tak mahu sia-siakan usaha aku untuk kurus.

9 – Berasa semakin sihat

Apabila badan dah makin kurus dan sihat. Badan pun rasa ringan je. Kalau nak tahu berat kita sebelum ni macamana, boleh la tambah pemberat yang sama berat dengan berat badan yang kita dah susut, untuk tahu berapa seksanya tubuh kita ketika itu. Mesti anda menangis! Aku dah cuba, aku menangis beb! Huhu. Kesian kat badan aku sebelum ni.

10 - Blog Susu Sejat

Blog Susu Sejat juga banyak membantu aku mendalami ilmu cara-cara untuk kurus dengan sihat.Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.


Afham Rusli
013 - 624 2598


0 comments:

Catat Ulasan