eBook Mini Now Everyone Can Kurus (NECK) PERCUMA

Sekarang semua orang boleh kurus dengan mudah menggunakan formula rahsia M.E.S.T.I. Dapatkan eBook Mini Now Everyone Can Kurus (NECK) dengan PERCUMA sekarang. Sila klik pada gambar ini untuk download FREE mini eBook NECK.

Program Now Everyone Can Kurus (NECK)

Sekarang semua orang boleh kurus dengan mudah menggunakan formula rahsia M.E.S.T.I. Dapatkan info dan tips PERCUMA di blog rasmi Now Everyone Can Kurus (NECK). Sila klik pada gambar ini untuk ke blog rasmi NECK.

Sayangi Keluarga Anda

Adakah anda gemuk? Jika YA, sekaranglah masanya untuk anda kurus dengan mudah menggunakan formula rahsia M.E.S.T.I. Dapatkan eBook Mini Now Everyone Can Kurus (NECK) dengan PERCUMA sekarang. Sila klik pada gambar ini untuk download FREE mini eBook NECK.

Minum Air Yang Cukup Untuk Kurus Dan Sihat !!!

Pentingnya ambil air yang cukup untuk kurus dan sihat. Baca artikel penuh dengan PERCUMA di blog rasmi Now Everyone Can Kurus (NECK). Sila klik pada gambar ini untuk terus baca artikel penuh.

3 Kesilapan Orang Gemuk Yang Menyebabkan Mereka Kekal Gemuk

Pentingnya untuk anda ketahui kesilapan ini. Info ini dapat membantu anda lebih bersedia untuk kurus dan sihat. Baca artikel penuh dengan PERCUMA di blog rasmi Now Everyone Can Kurus (NECK). Sila klik pada gambar ini untuk terus baca artikel penuh.

Memaparkan catatan dengan label ESP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ESP. Papar semua catatan

Isnin, 27 Mac 2017

Kat Ofis Selalu Ngantuk? Lesu? Jom atasinya!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat sejahtera.

Afham selalu juga mengalami mengantuk awal pagi di ofis (pejabat). Padahal kerja dalam aircond  dan tidur malam mencukupi. Ada juga rakan sepejabat cakap mungkin sebab sebelum ni asyik berjaga malam bersengkang mata menyiapkan projek. Ada rakan yang banyak minum kopi, Afham pula banyak minum teh atau teh-o. Maklum la, pengambilan kafein dari kopi atau teh membantu dalam menyegarkan mata untuk berjaga malam.

Stress tu... Pergh... Projek siap berganti baru. Nak rehat sehari pun pun tak tenang. Weekend pun kadang-kadang kerja siang malam juga.

Sebagai jurutera lebih-lebih lagi yang terlibat dengan bahagian design kebanyakannya kerja siang malam. Macam doktor medical  yang on-call. Sudah pastinya badan banyak guna tenaga dan nutrien dalam badan untuk mengekalkan prestasi tubuh. Namun, dengan keadaan kerja yang sibuk sebegitu makan pun tidak tetap masa, kadnag-kadang skip makan. Adakalanya mengambil makanan yang tiada zat dan nutrien yang mencukupi. Lebih-lebih lagi junk-food  dan makanan segera. 

Selepas semua keadaan itu, badan kita seolah-olah kereta yang kekurangan minyak petrol dan minyak hitam (pelincir). Dengan pengambilan makanan sihat seperti biasa sahaja belum mencukupi untuk badan beroperasi pada tahap terbaiknya. Petrol dah isi tapi kereta kurang pecutan, sebab minyak hitam belum tukar. Insya-Allah, selepas pengambilan pemakanan tambahan, badan kembali segar dan bertenaga luar biasa.

Hasil dari pengalaman diri Afham sendiri. Dengan meminum ESP setiap pagi. Membantu mengatasi masalah lesu ni. Dan beri lebih stamina untuk bekerja seharian. Letak kat rumah 1, ofis 1. Senang sahaja, isikan air kosong (atau suam) dalam shaker , kemudian buh 1 sudu ESP. Nak rasa kaw, buh 2 sudu. The best part, ESP ni boleh bancuh dengan apa-apa sahaja kecuali kopi dan teh.

Afham sendiri pernah buat, bancuh dengan milo, susu tepung. Pernah juga buat ice-blended dengan ESP + pisang. Sedap!!! Macam-macam resepi ikut citerasa sendiri. Resepi pelik-pelik ni, Afham buat kat rumah je. Kat bancuh biasa je, kalau ada milo baru taruk milo.


Nak dapatkan ESP ?
Anda boleh hubungi atau whatsapp Afham melalui 013-624 2598



Ahad, 31 Januari 2016

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi. Satu (1) kanister ini mempunyai isi minimum 850 gram.


ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
  • Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.
  • Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Isnin, 15 Disember 2014

Wajib Detox untuk Kurus

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya doakan anda berjaya, kaya dan kurus dengan sihat. 

Terima kasih kerana sudi singgah untuk membaca entri ini. 

Entri ini berceritakan tentang, PENTINGNYA DETOX UNTUK KURUS

Sebelum saya mulakan entri DETOX ni, saya nak kongsikan bahawa saya dalam proses kuruskan badan dengan sihat. Anda boleh baca entrinya di sini. Doakan saya dan anda berjaya kurus dengan sihat.

Alhamdulillah, sejak dalam program coaching kurus, dalam masa 3 minggu, saya telah berjaya turunkan berat badan saya dari 120.0 KG ke 113.0 KG, kurus 7 KG.

Mesti anda terkejutkan?
Nak kurus, anda wajib belajar memahami badan anda.
Bak kata pepatah, "tak kenal, maka tak cinta".
Saya juga bersenam, makan nasi, dan juga makan suppliment untuk membantu saya kurus dengan sihat.

Sejak itu, saya mula kenal dan cakna bab DETOX ni.

PENTING tau! Kalau anda betul-betul serious NAK KURUS!

Detox tu apa?

Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Detox ni, suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran, toksin dan racun-racun yang kita ambil melalui pemakanan harian kita samada secara sengaja atau tak. 

Cuba anda bayangkan, sejak dari kecil kita mula makan macam-macam jenis makanan tanpa detox yang baik. Sekarang, badan dah makin naik dengan 'sihat'.

Secara semula jadi, badan kita mempunyai sistem detox tersendiri iaitu hati, usus, ginjal (buah pinggang), dan semua yang tersenarai dalam rajah di atas.

Namun, sebab kita ni, especially saya, suka sangat nak rasa makan itu, makan ini.
Tambahan pula kurang minum air masak. Memang cantik la!
Lama-kelamaan, kita menjadi penternak lemak dan toksin yang berjaya. Tahniah. Hehehe.

Anda perlu faham, DETOX dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus kita dapat befungsi dengan baik dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Apabila Badan Menjadi Jutawan toksin 

Toksin ni jahat!
Penyakit senang datang kalau dalam badan kita banyak toksin.
Silap haribulan, bukan setakat toksin suka jemput-jemput penyakit, malah penyakit susah nak sembuh.

Cuba anda tengok gambar usus di bawah ini, antara yang sihat sehingga yang banyak toksin jahat.

Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Bayangkan, disebabkan paras toksin yang tinggi dalam badan, banyak nutrisi dari makanan harian kita tidak dapat diserap dengan baik oleh badan.

End-up, kita kekurangan nutrisi. 

Oleh sebab itu, dengan rasminya badan kita akan menjadi tidak sihat. Sepertimana yang dikongsikan dalam gambar rajah di bawah.

Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Kenapa anda susah nak kurus jika belum detox?

Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Dalam gambar rajah berwarna hijau di atas, menceritakan pemasalahan seseorang untuk kurus sedangkan badannya belum detox toksin sepenuhnya.

Situasi Kuruskan Badan Tanpa Detox

Badan kita perlu neutralkan kadar toksin dalam badan.
Untuk itu, badan perlu menghasilkan banyak lemak untuk menyerap lebih banyak air.

Sekiranya, anda berjaya turunkan berat badan anda pada peringkat ini.
Anda berkemungkinan besar tidak kekal lama,  dan berat badan akan naik semula.
Harus diingat, kenaikan semula lemak badan akan terjadi lebih dari sebelumnya.

Situasi Kurukan Badan Dengan Detox Terlebih Dahulu

Dengan detoxkan badan kita terlebih dahulu, atau detox sambil-sambil kurus.
Badan kita dapat sesuaikan proses meneutralkan kadar toksin dalam badan dengan saiz badan kita yang mengecil.
Oleh itu, pembakaran lemak anda sudah berkesan menurunkan berat badan.

Kini, anda berjaya turunkan berat badan anda.

Wajib anda ingat, setiap pemakanan kita mengandungi toksin.
Saya sarankan anda untuk detox badan anda secara berterusan.
Untuk terus membantu badan anda meneutralkan toksin.
Supaya anda boleh kurus dengan sihat.

Kita boleh DETOX dengan 3 cara

PERTAMA - Puasa

Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi.

Namun, sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, hanya pada penghujung Ramadhan, kita yang berbadan besar ni mula berasa badan ringan.
Dan mungkin ada juga antara kita dapat turunkan berat badan. Alhamdulillah.

Erti kata lain, detox dengan berpuasa boleh berjaya, dengan syarat anda berpuasa setiap hari. 


KEDUA - Makan Sayur dan Buah

Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan membantu dalam proses detox.

Berikut adalah contoh sumber sayur dan buah yang penting untuk proses detox:

  • Sayur: Celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato, lobak
  • Buah: Epal hijau, nenas, pear, lemon dan oren

Namun, sanggupkah anda untuk makan sayur dan buah dengan kuantiti yang banyak di samping pengambilan karbo seperti nasi untuk seimbangkan pemakanan anda.

KETIGA - Ambil Suppliment DETOX

Ambil FULL PAKEJ DETOX untuk membantu penyingkiran toksin jahat dengan cepat.
Full pakej DETOX ni juga membantu memulihkan semula salur darah yang rosak dan menyihatkan kembali organ-organ dalaman yang sebelum ini terganggu dan tidak sihat disebabkan oleh kehadiran toksin yang tinggi dalam badan.
Dah lama toksin jahat bersarang dalam badan anda kan?
Maka mesti buat perubahan untuk diri sendiri.Full Pakej Suplemen Detox adalah seperti berikut:
  • ESP
  • Vitamin C
  • Herb-Lax
  • Alfalfa
  • Lecithin
  • DTX

Suppliment yang Tersenarai Turut ada Kebaikan Lain

  1. ESP ~ Mencantikkan kulit, membantu kenyangkan perut bagi yang diet, membantu menguatkan sel-sel badan yang lemah, pemakanan alternatif, nutrisi tambahan untuk badan.
  2. Vitamin C ~ Menguatkan sistem imunisasi badan, mencantikkan kulit, membantu dalam rawatan sakit kulit, nutrisi tambahan untuk badan.
  3. Alfalfa ~ Membantu bekalkan nutrisi kepada badan seperti multi-vitamin, bagi kaum wanita alfalfa banyak bantu menggalakkan susu ibu, turut membantu kesihatan wanita kerana khasiatnya menyamai kacip fatimah.
  4. Lecithin ~ Bantu pembuangan minyak dan lemak dalam badan.
Bagi saya Full Set Kurus (termasuk set detox) murah aje.
Sebab anda bukan hanya dapat guna suppliment tu untuk kurus dan detox.
Malah ada banyak kebaikan lain untuk menambah baik kesihatan anda.

Jom kuruskan badan dengan sihat bersama saya.
Anda boleh hubungi saya untuk pertanyaan.

Saya akan bantu anda untuk kurus.



Jika anda dapatkan set kurus dan set detox anda dengan saya,

anda berpeluang untuk dapatkan konsultasi berterusan secara percuma.


Anda boleh hubungi saya, Afham Rusli dengan cara pilihan anda:

SMS/Call/Whatsapp/Telegram : 013-624 2598
Email : afhamrusli@gmail.com

Facebook : Afham Rusli
Facebook page : Afham-Rusli

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Terima kasih kerana sudi luangkan masa anda membaca entri ini. 

Tolong jangan copy & paste entri ini, melainkan anda rasa entri ini ialah ilmu yang berguna untuk dikongsikan.