eBook Mini Now Everyone Can Kurus (NECK) PERCUMA

Sekarang semua orang boleh kurus dengan mudah menggunakan formula rahsia M.E.S.T.I. Dapatkan eBook Mini Now Everyone Can Kurus (NECK) dengan PERCUMA sekarang. Sila klik pada gambar ini untuk download FREE mini eBook NECK.

Program Now Everyone Can Kurus (NECK)

Sekarang semua orang boleh kurus dengan mudah menggunakan formula rahsia M.E.S.T.I. Dapatkan info dan tips PERCUMA di blog rasmi Now Everyone Can Kurus (NECK). Sila klik pada gambar ini untuk ke blog rasmi NECK.

Sayangi Keluarga Anda

Adakah anda gemuk? Jika YA, sekaranglah masanya untuk anda kurus dengan mudah menggunakan formula rahsia M.E.S.T.I. Dapatkan eBook Mini Now Everyone Can Kurus (NECK) dengan PERCUMA sekarang. Sila klik pada gambar ini untuk download FREE mini eBook NECK.

Minum Air Yang Cukup Untuk Kurus Dan Sihat !!!

Pentingnya ambil air yang cukup untuk kurus dan sihat. Baca artikel penuh dengan PERCUMA di blog rasmi Now Everyone Can Kurus (NECK). Sila klik pada gambar ini untuk terus baca artikel penuh.

3 Kesilapan Orang Gemuk Yang Menyebabkan Mereka Kekal Gemuk

Pentingnya untuk anda ketahui kesilapan ini. Info ini dapat membantu anda lebih bersedia untuk kurus dan sihat. Baca artikel penuh dengan PERCUMA di blog rasmi Now Everyone Can Kurus (NECK). Sila klik pada gambar ini untuk terus baca artikel penuh.

Memaparkan catatan dengan label Bells Palsy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bells Palsy. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Mac 2017

Bell's Palsy dan Stroke

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat sejahtera.

Afham semakin risau dengan masyarakat kita dan penyakit Bell's Palsy dan Stroke.

Bell's Palsy dan Stroke merupakan antara penyakit yang paling digeruni ramai.

Bell's Palsy walaupun hanya menyerang sebelah muka. Tetap membawa impak yang negatif pada diri pesakit. Stress, malu, dan susah untuk makan minum dan lain-lain aktiviti melibatkan mata, mulut dan memek muka.

Stroke antara paling ditakuti ramai. Kebanyakan masyarakat kini bergantung hampir sepenuhnya kepada gaji. Apabila terkena stroke sudah pasti tidak dapat bekerja. Walaupun boleh sembuh, tetap stroke akan tinggalkan kenangan kekal yang tidak dapat di sembunyikan.

Bersyukurlah anda masih sihat.
Jom amalkan pemakanan sihat dengan pemakanan tambahan untuk memastikan badan kita menerima pemakanan lengkap yang diperlukannya untuk kehidupan kita seharian.

Sekiranya anda salah seorang pesakit atau bekas pesakit Bell's Palsy atau Stroke. Takziah buat anda. Semoga anda cepat sembuh dan Allah permudahkan urusan. aamiin.


Akan datang saya akan kongsikan tentang Vivix dan kenapa kita perlukan Vivix ketika usia kita semakin tua. Tiada orang dari masa ke masa semakin muda. Serta macamana Vivix memainkan peranannya dalam membantu pesakit Bell's Palsy dan Stroke untuk kembali sihat. Beruntung saudari dalam gambar di atas ini. Beliau mengambil masa sekejap sahaja berbanding saya, 1 tahun baru pulih keadaan muka saya. Saudari ini, dengan mengamalkan Vivix dan beberapa vitamin lain untuk pulihkan keadaan mukanya dari sakit Bell's Palsy. Beliau ambil masa dalam 4 bulan sahaja dari bulan 10 tahun 2015 ke bulan 1 tahun 2016 untuk pulih. Ketika saya mengalami Bell's Palsy dulu, belum ada orang perkenalkan Vivix. Doakan saya dapat berkongsi dengan jayanya. Aamiin.

Ada sesiapa perlukan khidmat nasihat dan nak dapatkan Vivix.
Sila hubungi/whatsapp saya, Afham Rusli, +6013-624 2598.


Khamis, 9 Jun 2016

Berjaya Sembuh Bell's Palsy dengan Pengambilan Suppliment Shaklee

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sebelum ini, Afham ada kongsi Alternatif untuk pesakit Bell's Palsykisah Afham sendiri kena Bell's Palsy dan info berkaitan Bell's Palsy.
Anda boleh la baca jika masih belum memahami apa itu Bell's Palsy atau nak tahu pengelaman Afham sendiri menghadapi Bell's Palsy.

Alhamdulillah, sekarang ni banyak alternatif untuk sembuh dari Bell's Palsy.

Antara yang menarik perhatian Afham beberapa orang yang berjaya pulih muka mereka dengan hanya mengambil pemakanan tambahan (suppliment).

********************************************
Testimoni Terkumpul untuk Bell's Palsy: 1
********************************************
Perkongsian sebenar daripada : CikPuan Faiza Suhada
Alhamdullilah kini muka beliau sudah kembali normal.
********************************************
Gambar sebelum dan selepas CikPuan Faiza Suhada
(perkongsian ini dengan izin beliau sendiri)
Tanggal
02 Oktober 2015

Saya bangun dari tidur berasa tidak selesa di muka dan amat terkejut apabila mendapati sebelah muka saya sudah jatuh atau mengherot. Macam kena stroke.

Saya panik dan kaget. Muka saya tak boleh senyum.
Sebelah mata tak boleh tutup. Air mata mengalir macam menangis.
Sakit pedih je mata berkenaan sebab tak boleh berkelip.
Muka rasa tegang je.

Dengan persaan tidak menentu, bercampur ingin tahu, saya memberanikan diri keluar rumah dan mendapatkan rawatan serta khidmat nasihat doktor. Lebih-lebih lagi saya baru sahaja bersalin dan menyusukan bayi saya.
Doktor sahkan saya diserang Bell's Palsy, dan bukannya STROKE.
Tafsiran yang mudah difahami, Bell's Palsy ialah kelemahan sebelah otot muka.

Saya diberi steroid.

Punca sebenar serangan Bell's Palsy, TIDAK DIKETAHUI.
Mungkin juga sebab saya baru lepas bersalin dan menyusukan anak.

Saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas saya mengetahui rawatan alternatif melalui pengambilan supplement Shaklee.

Saya mengambil Vivix pada kadar SPECIAL DOSE
Dan saya juga mengambil dengan extreme supplement berikut:



Pada masa yang sama, saya turut juga menjalani rawatan fisioterapi muka.

Alhamdullilah selepas 90 hari.
Saya diberi kesempatan oleh Ilahi untuk kembali SENYUM.

Kongsikanlah cerita saya ini, saya izinkan.
Jikalau ada ahli keluarga / sahabat handai yg mengalami Bell's Palsy, berikan mereka support.
Hari-hari mengharungi Bell's Palsy, ianya tak semudah sangkaan.

Saya dan sahabat #bellpalsy sahaja yang tahu apa yang kami rasa.
Actually its more to self confidence / esteem. (Sebenarnya lebih kepada keyakinan diri / motivasi diri).
Tapi serious ianya suatu pengalaman MANIS untuk diingati dalam calender kehidupan.
Hadiah dari Allah.
Harap ianya menjadi asbab untuk menghapuskan dosa-dosa saya.

Silakan share. Semoga bermanfaat dan dapat membantu sahabat yang lain yang menghadapi masalah yang sama. InsyaAllah.

********************************************

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk-produk ini dan khidmat nasihat berkaitan, boleh la hubungi saya melalui medium berikut:

Nama: Afham Rusli
SMS/Call/Whatsapp/Telegram : 013-624 2598
Email : afhamrusli@gmail.com
Facebook : Afham Rusli
Facebook page : Afham Rusli

Jumaat, 6 November 2015

Alternatif untuk pesakit Bell's Palsy

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Terima kasih kerana membaca entri ini.
Sebelum ini, Afham ada kongsi kisah Afham sendiri kena Bell's Palsy dan info berkaitan Bell's Palsy.
Anda boleh la baca jika masih belum memahami apa itu Bell's Palsy atau nak tahu pengelaman Afham menghadapi Bell's Palsy.

Alhamdulillah, sekarang ni banyak alternatif untuk sembuh dari Bell's Palsy.

Antara yang menarik perhatian Afham beberapa orang yang berjaya pulih muka mereka dengan hanya mengambil 2 jenis atau lebih pemakanan tambahan (suppliment).

 1. VIVIX, membantu membaiki DNA dan menambah baik kehidupan seseorang, lebih-lebih lagi jika ada antara kita mempunyai kencing manis dan lain-lain penyakit. Lebih-lebih lagi pada sel-sel muka yang rosak disebabkan Bell's Palsy.

2. Omega Guard, membantu imunisasi, baik untuk kulit, dan lain-lain.

Extra:
3. Vitamin B-Complex, membantu mengurangkan stress. Afham dulu pun alami stress yang luar biasa ketika menghadapi Bell's Palsy. Siapa tak malu dengan muka kita baik-baik aje, tetiba jadi henget tak cantik, Afham cadangkan ambil juga vitamin ini untuk meredakan stress. Stress berlebihan tidak baik untuk kesihatan.

Akan datang, Afham akan selitkan cerita-cerita pesakit Bell's Palsy yang telah berjaya sembuh dengan memakan suppliment Shaklee. Klik di sini untuk ke testimoni pertama.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk-produk ini dan khidmat nasihat berkaitan, boleh la hubungi saya melalui medium berikut:

Nama: Afham Rusli
SMS/Call/Whatsapp/Telegram : 013-624 2598
Email : afhamrusli@gmail.com
Facebook : Afham Rusli
Facebook page : Afham Rusli

Isnin, 19 Januari 2015

Aku dan Bell's Palsy

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya doakan anda semua sentiasa sihat, berjaya dan kaya.

Entri kali ini perkongsian pengalaman saya ketika bertarung dengan Bell's Palsy.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan mana-mana pihak.
Kesian kat adik ni, baru umur 1 tahun lebih dah kena Bell's Palsy.

Apa itu Bell's Palsy?

Bell's Palsy juga dikenali sebagai stroke kecil. Namun, Bell's Palsy bukan stroke.
Kerana sifat serangan Bell's Palsy adalah lumpuh atau lemah pada sebelah muka kerana kerosakan kepada saraf ketujuh (iaitu saraf muka) tengkorak, yang bertanggungjawab untuk mengawal otot muka. Lumpuh berlaku hanya pada sebelah muka sahaja. Samada kiri atau kanan.
[Sumber bacaan: mdhealthresource.com dan wikipedia.org ]

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Punca Bell's Palsy

Punca sebenar Bell's Palsy belum diketahui sehingga sekarang.
Bagaimanapun, hasil kajian sekumpulan penyelidik dan pakar perubatan Jepun mendapati penyakit ini berpunca daripada virus herpes simplex.

Berdasarkan teori mereka, virus itu yang juga punca penyakit kayap dan cengkering (chicken pox), hidup di dalam saraf ganglion sama ada di sebelah kiri atau kanan telinga seseorang.
[Sumber bacaan: wikipedia.org , hmetro.com.my dan utusan.com.my]

Pengalaman Sendiri kena Bell's Palsy

Di suatu malam pada tahun 2010.
Baru sahaja pulang dari pejabat, berhenti di sebuah restoran tapaw makan malam.
Ketika itu, saya merasakan lidah saya kebas. tapi masih berperasangka baik, walaupun dah rasa pelik. Mana la tahu, kot-kot sebab gula-gula yang saya makan sebelum tu, gula-gula Hacks.
Masa tu pun dah kurang sihat sikit sebab batuk-batuk.

Tumpang tidur di rumah kawan, Acab (nama samaran), untuk meraikan dia masuk rumah sewa baru. Walhal, rumah kami dekat sahaja. Ya la, nama pun meraikan. Hehe. Kami makan-makan, tengok TV sambil borak macam biasa.

Bangun esok paginya, muka rasa kebas sangat macam tersalah tidur dilantai banyak permukaan, manakala lidah pula kebas sangat, lebih kebas dari malam tadi, macam kena bius. Bercakap pun tak jelas apa yang dituturkan, sebab lidah dah kebas dan takleh nak lentok-lentok macam kita bercakap ketika lidah ok. Acab ada tanyakan saya, samada saya ok ke tak. Saya cakap, ok kot mungkin tersalah tidur malam tadi. Dengan sangkaan, sebab tersalah tidur, saya pulang ke rumah dan buat aktiviti harian macam biasa.

Maghrib hari yang sama. Nak solat pun bacaan tak betul. Nak makan dan minum pun dah tak betul. Waktu berwuduk pun dah tak berapa betul dah, sebab mulut takleh tutup rapat, berkumur tapi mulut tak boleh nak kenakan tekanan, air kumur akan tersembur keluar macam air pancut.

Selepas solat isyak, saya terus ke emergency Hospital Putrajaya, sebabnya ketika itu paling dekat dengan rumah saya ialah Hospital Putrajaya, dan senang, hospital ni memang dah ada rekod saya. Selepas berdaftar di emergency di ruangan triangle, pendaftar terus label saya sebagai merah. Dia suspek saya kena stroke. Pembantu perubatan tanya saya, bila lagi keadaan ini terjadi pada saya. Saya cakap sejak malam tadi rasanya, sebab kebas masih tak hilang setelah hampir sehari suntuk kebas tak hilang. Dia siap perli saya, "Bagus la! Tunggu lama-lama sikit baru datang.". Saya faham maksud dia, bahaya jika dibiarkan lama-lama.

Doktor terus bawa saya masuk dalam untuk analisis awal. Tengokkan keadaan saya, doktor suruh saya pejam mata, tutup mulut, lawan pergerakan tangan dan kaki bila doktor tahan. Kemudian, doktor minta pembantunya bawa saya pergi buat scan otak untuk tentukan samada sakit saya itu stroke atau bukan. Alhamdulillah bukan stroke. Doktor suspek saya kena jangkitan virus, kerana serangan hanya pada sebelah muka.

Doktor explain, virus ni kemungkinan bersebaran melalui udara ataupun bertumpangan melalui orang perorangan ataupun haiwan. Mungkin juga sebab saya kurang sihat masa tu, demam batuk sakit tekak, kemudian terjangkit. Doktor cakap juga, sampai sekarang takde kajian saintifik boleh buktikan cara serangan virus tu macamana.

Bell's Palsy ni, virus makan otot dan saraf pada muka. Yangg peliknya sebelah je. Kata doktor, kalau lambat treatment boleh turun ke leher, dan turun lagi. Tapi biasanya jarang ada kes melarat sampai leher sebab pesakit selalunya akan ke klinik or hospital apabila sebelah muka kebas, mata takleh tutup rapat atau buka penuh, mulut takleh tutup rapat atau buka penuh macam biasa, muka senget sebab tertarik oleh muka sebelah lagi yang ok. Macam kena stroke gitu. Time tu saya terkejut juga. Pertama kali dapat tahu berkenaan sakit atau jangkitan seperti ini.

Namun, secara logik, sepatutnya orang sekeliling saya pun kena. Ujian Allah, hanya saya seorang sahaja yang kena.

Doktor berikan saya ubat antivirus, steroid, ubat titik mata untuk lembapkan mata sebab takleh tutup rapat, dan lain-lain ubat saya tak berapa ingat.

Syukur kehadrat Ilahi. Alhamdulillah.
Selepas makan ubat-ubat itu, kebas hilang, otot dan saraf mula ada semula pada sebelah muka yang kena Bell's Palsy. Bila ditekan-tekan pada muka yang kena Bell's Palsy, dengan muka yang normal, jelas boleh rasa pada bahagian serangan Bell's Palsy boleh rasa tulang, berbanding boleh rasa otot-otot pada bahagian yang normal.

Disebabkan muka yang kena serangan Bell's Palsy kekurangan otot dan saraf, muka makin senget. Herot ke arah muka yang normal sebab ditarik oleh otot-otot yang kuat di sebelah muka yang normal. Jika kalian tengok muka saya sekarang. Bagi yang pernah jumpa saya atau tengok gambar saya yang terbaru, ada nampak tak muka saya senget, lebih-lebih lagi pada mulut ?

Takde kan. Macamana nak pulihkan semula muka yang senget? Jika nak tahu, saya ada ceritakan pada sub-topik berikutnya. 

Rawatan Pulihkan Muka Herot/Senget Sebab Bell's Palsy

Kebetulan di Hospital Putrajaya ada Unit Fisioterapi dan Klinik Perubatan Tradisional.

Di Unit Fisioterapi, saya diajar macamana untuk mengurut muka dan melakukan aktiviti fisio yang boleh membantu dalam menguatkan otot-otot dan saraf muka. Turut diberikan, pamplet cara-cara urutan fisioterapi untuk pesakit Bell's Palsy. Fisioterapi ni, saya hanya perlu hadir sekali sahaja, kemudian, disarankan kerapkan urut sendiri di rumah atau pejabat. Mesti, dilakukan dalam keadaan baring.

Selain itu, saya turut buat carian di internet berkaitan cara-cara untuk pulihkan muka yang herot senget ini. Disarankan akupuntur ialah teknik terbaik untuk pulihkan muka. Di Hospital Putrajaya, terdapat Klinik Perubatan Tradisional yang turut menawarkan khidmat akupuntur. Saya walk-in bertanyakan caj perkhidmatan. Harga yang ditawarkan, sama macam mana-mana pusat akupuntur. Bagusnya, mereka sarankan saya dapatkan surut rujukan daripada doktor pakar untuk dapatkan khidmat akupuntur percuma. 

Kebetulan pesakit Bell's Palsy akan ditetapkan temu-janji dengan doktor pakar, sebab doktor hanya menduga ianya Bell's Palsy. Jadi doktor perlu berjumpa saya semula untuk memastikan kesihatan saya bertambah dengan baik, Saya gunakan peluang ni dengan baik, saya minta jasa baik doktor pakar tadi untuk membuat surut rujukan bagi membolehkan saya mendapatkan rawatan akupuntur untuk Bell's Palsy.

Alhamdulillah, saya berjaya membuat rawatan akupuntur percuma di Klinik Perubatan Tradisional, Hospital Putrajaya. Sesi akupuntur saya sepatutnya banyak, tapi saya hanya buat akupuntur 5 kali, sebab kekangan dengan kerja yang makin sibuk.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Rawatan Fisioterapi Muka

Segala bentuk jenis urutan mestilah dalam keadaan baring, dan diurut dari dagu, mulut, pipi, hidung, kening, dan dahi, dilalukan di atas telinga, sehingga belakang cuping telinga, dan gentel belakang cuping telinga 3-5 kali. Kemudian, ulang semula dari bahagian muka yang diurut. Ulang sekurang-kurangnya 3 kali setiap bahagian.

Selain itu, senaman tiup belon banyak-banyak kali, membantu untuk kuatkan semula otot-otot dan saraf pada mulut. Ahli fisioterapi turut sarankan saya untuk tiup belon sehingga pecah. Jika berjaya pecahkan belon, itu tandanya mulut saya dah kuat.

Ketika minum air, guna straw je, sebab susah nak tutup mulut dan minum air macam biasa. Makan pun sama, saya terpaksa guna sudu untuk suap makanan. Bayangkan, kalau makan minum macam biasa ketika kena Bell's Palsy, saya seolah-olah makan macam bayi, abis comot. Hehe.

Saya turut menyediakan 2 video demonstrasi cara urutan fisioterapi muka, selamat menonton:


Perasaan Ketika Kena Bell's Palsy

Jujur saya cakap, pada permulaan, sesiapa yang menghadapinya pasti moral jatuh, keyakinan diri jatuh, motivasi diri jatuh. Saya alaminya sendiri.

Alhamdulillah keluarga dan kawan-kawan memahami dan memberi sokongan moral dan motivasi untuk teruskan hidup ini. Dari situ, saya dapatkan semangat untuk mencari jalan untuk pulihkan muka saya.
Paling penting redha dengan ujian Allah dan terima positif serta berusaha untuk pulihkan muka.

Sehingga kini, saya masih mengurut muka saya.

Ada Kata Steriod Menggemukkan

La! Baru saya tahu steroid menggemukkan.
Sebelum ni tak pernah tahupun.
Kini, steriod ni, menjadi salah satu punca saya gemuk.

Pengambilan Supplement (Pemakanan Tambahan) Juga Membantu Pulih Bell's Palsy

Sila klik di sini untuk ke entri berkaitan sub-tajuk ini.

Afham Rusli
013-624 2598
afhamrusli@gmail.com


Rabu, 14 Januari 2015

Bell's Palsy Bukan Stroke

Apakah punca Bells palsy?

Gambar sekadar hiasan yang menunjukkan contoh Bell's Palsy.
Gambar ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Punca sebenar Bells palsy belum diketahui sehingga sekarang. Bagaimanapun, hasil kajian sekumpulan penyelidik dan pakar perubatan Jepun mendapati penyakit ini berpunca daripada virus herpes simplex.

Berdasarkan teori mereka, virus itu yang juga punca penyakit kayap dan cengkering (chicken pox), hidup di dalam saraf ganglion sama ada di sebelah kiri atau kanan telinga seseorang.

Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kelumpuhan muka contohnya ketumbuhan otak, strok dan penyakit Lyme. Namun jika tiada sebab dan berlaku kelumpuhan, maka ia dipanggil Bell’s palsy,” katanya.

Bell's Palsy juga digelar mini strok. Namun, Bell's Palsy bukan dan langsung tiada kaitan dengan strok. Pesakit yang mengalami strok biasanya mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell’s palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.

Nama Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).

Biasanya, ia berlaku secara tiba-tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.

Simptom atau gejala Bells palsy: (pada bahagian muka terkena jangkitan)


  • Muka menjadi senget.
  • Mata dan kening mereka kelihatan terjatuh atau condong ke bawah. 
  • Air mata mudah kering sebab kelopak mata susah nak berkelip.
  • Garisan pada pipi akan jatuh.
  • Sukar mengawal/telan air liur.
  • Kesan telinga berdesing atau berdengung yang dikenali sebagai tinnitus.
  • Bahagian depan atau keseluruhan lidah terasa kebas.
  • Sukar meniup dan menghembus.
  • Sakit telinga atau ada inflamasi (keradangan) di dalam telinga.

Apakah pemeriksaan yang perlu dilakukan?

1. Mata

Doktor akan memeriksa mata pesakit. Pesakit diminta memejamkan mata dan doktor akan membuka mata itu. Jika mata pesakit senang dibuka dan bebola mata mereka ternaik, ia menunjukkan mereka mengalami Bell’s palsy.

2. Lidah

Doktor akan meminta pesakit menentukan makanan yang diambil itu masin, masam ataupun manis. Deria rasa pesakit terjejas akibat penyakit itu.

3. Mulut

Apabila disuruh bersiul, mereka tidak mampu melakukannya.

Apakah rawatan Bells palsy?

Bells palsy boleh dibahagikan kepada lima peringkat, iaitu daripada kritikal atau teruk hingga paling ringan.

Jika pesakit mengalami Bells palsy kritikal, mereka perlu diberikan rawatan segera sejurus tiba di hospital. Jika kerosakan itu dibiarkan hingga melebihi lima hari, ia sukar dipulihkan sepenuhnya.

Pesakit Bells palsy yang teruk akan mengalami kesukaran untuk menutup mata dan doktor akan memberikan ubat titis air mata tiruan untuk memastikan mata pesakit sentiasa lembap dan membekalkan bahan penutup mata untuk memastikan mata pesakit, ketika tidur, tidak dimasuki serangga yang boleh menyebabkan infeksi.

Berdasarkan kajian, kira-kira 90 peratus pesakit pulih sepenuhnya selepas menerima rawatan ubat-ubatan seperti steroid dan anti virus yang dikenali sebagai Acyclovir dalam tempoh satu hingga empat minggu.

Namun begitu, kira-kira 70 peratus pesakit Bells palsy boleh pulih sepenuhnya tanpa sebarang rawatan khusus. Pesakit Bell’s palsy juga akan dinasihatkan supaya menjalani rawatan fisioterapi di hospital.

Menerusi rawatan fisioterapi, muka pesakit akan dirangsang dengan bahan yang menggunakan kuasa elektrik. Selain itu, ahli fisioterapi akan meminta pesakit melakukan senaman wajah setiap hari sebagai salah satu usaha merangsang saraf muka mereka.

Bagaimanapun, kira-kira 15 peratus pesakit akan kekal dengan keadaan wajah yang senget biarpun sudah dirawat.

Lazimnya, mereka ini lewat mendapatkan rawatan dan mengalami Bells palsy yang serius.

Oleh kerana kerosakan itu membabitkan muka, pesakit selalunya tidak puas hati dengan perubahan pada wajah mereka dan tidak kurang juga yang mahu melakukan rawatan pembedahan kosmetik.

Mungkinkah Bells palsy dialami lebih daripada sekali?

Pesakit boleh mengalami penyakit itu lebih daripada sekali tetapi ia amat jarang berlaku dan tidak sampai satu peratus.

Adakah Bells palsy memberi kesan terhadap otak dan tubuh badan?

Tidak, kerana ia cuma kerosakan saraf muka.

Apakah rawatan untuk Bells palsy?


  • Biasanya pesakit akan dibekalkan ubat steroid untuk tempoh satu hingga dua minggu.
  • Perlindung mata.
  • Fisioterapi muka.
  • “Sebenarnya belum ada satu kajian khusus yang dijalankan bagi membuktikan sama ada rawatan alternatif seperti akupuntur berkesan dalam merawat masalah Bell’s palsy.
  • Pembedahan disarankan bagi masalah Bell’s palsy yang berlanjutan, pembedahan memperbetulkan saraf muka mungkin membantu. Pelbagai teknik pembedahan dikenalpasti membantu masalah ini. Antaranya pembedahan memperbetulkan tulang yang terjejasPembedahan mengembalikan senyuman (smile surgery) antara prosedur yang dijalankan bagi mengembalikan wajah pesakit.