Isnin, 19 Oktober 2015

Pan Mee

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

20 Sept 2015 lalu. Afham ke Queens Bay dengan harapan nak try fresh made mee, kat sebuah gerai makan pan mee. Namun hampa, sebab lupa nak check status halal gerai berkenaan. Sahabat yang keluar bersama tanya ustaz google pasal status halal gerai berkenaan. Walaupun kebanyakan gerai pan mee yang keluar pada skrin telefon kami. Jelas kebanyakan restoren pan mee tak halal dan tiada sijil halal. Status "no pork" tak berapa meyakinkan kami untuk menjamu selera di gerai berkenaan.

Harapan kembali cerah dengan bertanyakan chef google recipe home made pan mee.

Apa itu Pan Mee?

Pan Mee ni adalah sejenis mee yang diuli sendiri. Fresh mee la senang cite. Berasal dari bangsa cina, dan juga dipanggil Hakka-style noodle (mee ala Hakka). Untung la kita rakyat Malaysia bermasyarakat majmuk, banyak jenis makanan best!

Pan Mee ni letrally bermaksud mee tepung yang flat atau nipis. Doh mee ni diperbuat dari tepung. Best part, mee ni ada macam-macam bentuk sebab ada yang diuli tarik-tarik ala kadar dengan tangan, ada yang dikoyak-koyak atau dipotong-potong, ada juga yang pakai mesin mee (boleh terus buat macam-macam bentuk ikut suka, kalau masak dengan anak-anak kecil mesti diorang suka ni). Lepas siap, mee tu tadi terus masuk ke dalam rebusan sup yang sedang menggelegak dalam periuk, atau untuk elak rasa tepung yang kuat, tos je dalam air panas menggelegak untuk kasi mee tu masak, kemudian baru masukkan dalam mangkuk diikuti dengan sup dan lain-lain bahan makanan yang dicampurkan bersama.

Afham rasa mee ni ada jual pek segera dalam harga yang lagi murah kat supermarket berbanding dengan bihun dan mee segera lain. (dengan yakin je Afham cite. haha. Kalau salah info maaf la ya. Ini berdasarkan pemerhatian Afham sendiri.)

Sup apa untuk makan dengan Pan Mee?

Biasanya ada macam-macam jenis sup. Ni chef google yang cite gak, Afham citekan balik guna ayat Afham. Sup ayam, sup pedas, sup tomyam (betul ke aku panggil sup tomyam, ke kuah tomyam), sup ikan bilis, macam-macam lagi sup. Senang cite, guna je sup yang favorite korang untuk makan dengan Pan Mee ni.

Resepi Pan Mee

Yang Afham dapat dari chef google. Selamat mencuba.

Gambar ini milik http://nazariahmohdmurad.blogspot.my

Bahan-bahan untuk Pan Mee


  • 3 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air
  • 1 biji telur - optional
  • 3 sudu besar minyak - utk melembutkan (jika guna mesin mee, tak perlu/kurangkan minyak)
  • secubit garam


Bahan-bahan Sup Ikan Bilis


  • 100 gm ikan bilis
  • 2 1/2 liter air 
  • Garam secukup rasa

Bahan untuk Lauk

  • Minyak untuk menumis
  • 2 sudu besar bawang putih
  • 100 gm isi ayam dicincang
  • Cendawan shitake kering (dihiris halus)
  • Cendawan kayu kering (dihiris halus)
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar kicap pekat


Bahan Tambahan/Extra


  • Sawi
  • Ikan bilis goreng
  • Cili merah - dihiris
  • Bawang goreng
  • Daun bawang


Cara-cara membuat Pan Mee


  1. Campurkan tepung gandum, air, telur & minyak hingga sebati.
  2. Uli campuran tadi sehingga menjadi doh. 
  3. Tutup doh dengan kain lembap untuk elak doh kering. Kemudian, biarkan doh tadi selama lebih kurang 30 minit. 
  4. Selepas 30 mini. Ambil sedikit doh, dan leperkan doh hingga nipis. Leperkan beberapa kali sehingga doh menjadi betul-betul nipis.
  5. Lipat doh tersebut beberapa kali, kemudian potong ia menjadi mee, ataupun dikoyak-koyak, atau pun buat mentuk favorite menggunakan mesin mee.
  6. Siap.

Nasihat: Jika menggunakan mesin, tidak perlu mencampurkan minyak ke dalam campuran adunan kerana minyak akan menyebabkan doh menjadi terlalu lembut dan susah untuk dimesin.

Cara-cara membuat lauk


  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang putih hingga garing.
  3. Masukkan isi ayam. Kemudian gaulkan.
  4. Masukkan cendawan shitake dan cendawan kayu, kemudian sambung gaulkan lagi.
  5. Akhir sekali masukan kicap cair & kicap pekat. 
  6. Gaulkan semua bahan-bahan sehingga isi ayam betul-betul masak.


Cara-cara menyediakan sup ikan bilis untuk Pan Mee


  1. Didihkan semua bahan dalam senarai Bahan-bahan Sup Ikan Bilis selama 3 jam.
  2. Kuantiti sup bergantung pada kuantiti pan mee. Sumber chef google cakap dia main agak-agak je.
  3. Selepas 3 jam, atau anda panaskan kembali sup jika sup telah sejuk.
  4. Apabila sup dah menggelegak, masukkan pan mee tadi bersama-sama sayur sawi. Rebus lebih kurang 3 minit. Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk.
  5. Letakkan bahan lauk ke atas mee. Taburkan ikan bilis goreng, cili merah, bawang goreng dan daun bawang.
  6. Siap dan sedia untuk dimakan.

Anda juga boleh memasukkan bahan-bahan lain untuk Lauk :

kuantiti ikut suka.
  • Udang
  • Seafood tofu
  • Bebola ikan
  • Sotong



Selamat Mencuba dan Menjamu Selera.


0 comments:

Catat Ulasan